Sabtu, 3 Disember 2016

Malaysia rebut ranking ke-116 FIFA

ARKIB : 20/05/1999
MALAYSIA jatuh tiga tangga ke tempat 116 dalam ranking bola sepak dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Kuala Lumpur, semalam.

Malaysia mendapat 296 mata dalam ranking bulan Mei, ditolak tiga mata dari senarai bulan lepas, untuk menduduki satu tangga di atas daripada kedudukan ke-117, yang disenaraikan pada bulan Oktober dan November 1995.

Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat kelima di belakang Thailand (75), Singapura (99), Vietnam (110) dan Indonesia (111) dan di hadapan Myanmar (122), Laos (156), Kemboja (173), Filipina (179) dan Brunei (187).

Dalam ranking Asia, Malaysia di tempat ke-20. Ini kali pertama tahun ini ranking Malaysia jatuh selepas menduduki tempat ke-113 sejak Disember lepas.

Ranking terbaik pasukan kebangsaan ialah ke-75, apabila sistem itu mula diperkenalkan pada Ogos 1993.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4RlWU0zeh © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan