Isnin, 5 Disember 2016

Luka skuad Hatem tambah parah

ARKIB : 01/07/1999
SKUAD Olimpik 2000 Malaysia terus tersungkur di Stadium Nasional, Tokyo, kali ini di tangan Hong Kong 0-3 semalam pada perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik pusingan kedua kumpulan enam Asia.

Dua jaringan Lee Sze Ning pada minit ke-15 dan 29 serta Yiu Hok Man, lima minit sebelum tamat permainan, melengkapkan luka parah Malaysia itu.

Kekalahan kedua di Tokyo ini sekali gus mengekalkan Malaysia di tangga kedua tercorot sesudah tewas kepada Jepun 0-4, Isnin lalu.

Lebih malang ialah apabila pemain negara, M. Gopalan pula dibuang padang kerana melakukan kekasaran selain kad kuning dikenakan terhadap Akmal Rizal Rakhili.

''Pemain negara mengambil mudah perlawanan ini. Mereka dihukum kerana langsung tidak bersemangat untuk mencapai kemenangan,'' kata jurulatih negara, Hatem Souissi.

Pada pertemuan pusingan pertama di Hong Kong, skuad Malaysia mengekang negara itu 2-2.

Malaysia masih mempunyai dua lagi perlawanan di Tokyo _ menentang Nepal dan Filipina tetapi sudah terlewat untuk memintas Hong Kong, sekurang-kurangnya bagi menduduki tangga kedua kumpulan ini.

Sementara itu, Filipina mengejutkan Nepal apabila mengikat lawan 2-2

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4S1aPd6Xu © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan