Apa yang mengejutkan, KFA membenarkan pengendali Lang Merah itu meninggalkan anak buahnya sehari sebelum saingan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu pada malam esok di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya tidak membuat keputusan terburu-buru walaupun masih belum mempunyai pengganti sebaliknya keputusan itu berikutan beliau akan memulakan tugasannya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.
"Kita sudah lihat dari pelbagai sudut... inilah keputusan pengurusan KFA walaupun kita masih mempunyai beberapa perlawanan lagi. Mungkin ini yang terbaik," katanya selepas Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) di sini hari ini.
Ahmad Bashah memberitahu, tugas pengendali pasukan Lang Merah kini digalas pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff sementara KFA mendapatkan khidmat jurulatih baharu. - UTUSAN ONLINE