Jumaat, 30 Oktober 2015

KAPS PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA SEHINGGA 30.10.2015

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.

NO
NAMA PEMAIN
UMUR
KAPS
GOL
1
KHAIRUL AZHAN KHALID
25
04
0
2
MATTHEW DAVIES
20
03
0
3
AMIRIDZDWAN TAJ TAJUDDIN
29
16
0
4
SHAHRUL SAAD
22
02
0
6
ISMAIL FARUQI  ASHARI
28
04
0
7
AIDIL ZAFUAN RADZAK
28
64
3
8
SAFIQ RAHIM
28
65
15
9
ADAM NOR AZLIN
19
00
0
11
BADDROL  BAKHTIAR
27
37
4
12
HAZWAN BAKRI
24
07
3
13
MOHD RAZMAN ROSLAN
31
08
0
14
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
22
03
0
15
CHRISTIE JAYASEELAN
29
03
2
16
S.KUNALAN
28
67
0
17
AMRI YAHYAH
34
57
9
18
WAN ZACK HAIKAL  WAN NOR
24
14
3
19
AZAMUDDIN AKIL
30
37
5
20
HAFIZ KAMAL
28
08
0
21
ZUBIR AZMI
23
30
0
22
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
26
37
0
23
IZHAM TARMIZI
26
01
0

GARY STEVEN ROBBAT
23
11
0

S. CHANTURU
27
06
0



Selasa, 20 Oktober 2015

Kim Swee paling layak

 
KIM SWEE (kiri) antara calon yang harus diberi pertimbangan oleh FAM untuk menjadi jurulatih tetap skuad Harimau Malaya.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya tidak perlu pening kepala untuk mencari jurulatih baharu skuad Harimau Malaya.

Calon sudah ada di depan mata dan tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat tenaga asing yang belum tentu boleh mengubah haluan bola sepak negara.

Jangan nanti akan berlaku ‘tiada rotan, akar pun berguna’ dan daripada menunggu ‘rotan’ yang belum tentu berkualiti, eloklah gunakan ‘akar’ yang sudah ada di depan mata.

Calon terbaik yang dilihat layak untuk menerajui skuad negara ketika ini sudah tentu jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee bukan setakat sudah memahami budaya bola sepak tempatan malah, FAM boleh mengurangkan kos untuk membayar gaji tenaga asing yang sudah pastinya akan menuntut imbuhan yang tinggi.

Semalam, Kim Swee sudah menyerahkan borang permohonannya untuk mencuba nasib mengisi jawatan tersebut yang ditinggalkan kosong oleh pengendali sebelum ini, Dollah Salleh.

Dollah melepaskan jawatan tersebut selepas kekalahan memalukan 10-0 skuad Harimau Malaya kepada Emiriyah Arab Bersatu pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi 3 September lalu.

Kim Swee telah menyerahkan permohonannya kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin pejabat persatuan tersebut di Kelana Jaya, Selangor pagi semalam.

Sebelum ini, FAM telah mengiklankan dua jawatan jurulatih iaitu bagi skuad Harimau Malaya dan pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara kepada umum selepas peletakan jawatan Dollah.

Antara calon yang turut memohon jawatan tersebut setakat ini ialah Bojan Hodak, Marcel Desailly (Perancis), Robert Alberts dan George Boateng.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3p6tMUfbF Hakcipta terpelihara

Khamis, 8 Oktober 2015

TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 2-0 LAOS 8.10.2015

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN MALAYSIA
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
04 FADHLI SHAS
02 MATTHEW DAVIES
07 AIDIL ZAFUAN
08 SAFIQ RAHIM
10 SAFEE SALI
14 AZAMUDDIN AKIL
15 CRISTIE JAYASEELAN
17 AMRI YAHYA
21 ZUBIR AZMI
23 BADROL BAKHTIAR
PEMAIN GANTIAN

SHAHRUL SAAD

TERKINI MALAYSIA 0-0 LAOS 8.10.2015

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
SUMBER-http://www.fam.org.my/
PEMAIN MALAYSIA
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
04 FADHLI SHAS
02 MATTHEW DAVIES
07 AIDIL ZAFUAN
08 SAFIQ RAHIM
10 SAFEE SALI
14 AZAMUDDIN AKIL
15 CRISTIE JAYASEELAN
17 AMRI YAHYA
21 ZUBIR AZMI

23 BADROL BAKHTIAR

PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA LAOS 8.10.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Tarikh: 8 Oktober 2015 (Khamis)

Masa: 5.00 petang waktu Malaysia/ 4.00 petang waktu Thailand

Lokasi: Stadium Thupatemi Royal Thai Air Force, Bangkok Thailand

Siaran Rasmi: BPTV


Ahad, 4 Oktober 2015

Jerebu jejas latihan pusat Harimau Malaya

SUKAN AHAD, 4 OKTOBER 2015 @ 8:39 PM

PETALING JAYA: Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengakui keadaan berjerebu ketika ini, menjejaskan latihan pusat skuad berkenaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini.

Katanya, latihan skuad kebangsaan perlu diteruskan kerana mereka hanya mempunyai masa selama dua hari sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand pada Selasa bagi menentang Laos untuk aksi persahabatan kelas A, di Stadium Thai Army, Khamis ini.

"Latihan ini amat penting dan kita akan cuba melihat situasi esok...Sekiranya ia bertambah buruk, bermakna kita akan mengadakan latihan ringan di gim (FAM) atau di hotel penginapan pasukan," katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama sesi latihan skuad berkenaan, di sini, hari ini.

Seramai 15 pemain melaporkan diri untuk sesi latihan berkenaan manakala baki lapan pemain iaitu tujuh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kapten Perak, Mohd Nasir Basharuddin akan melaporkan diri, esok.

Perak dan JDT terbabit dengan aksi kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, malam ini. "Buat masa ini, semua pemain berada dalam keadaan baik kecuali (pemain Selangor), Ahmad Hazwan Bakri yang bengkak di bahagian lutut namun kecederaannya tidak berapa serius," kata Kim Swee. Dalam pada itu, pengendali kelahiran Melaka itu menegaskan fokusnya ketika ini adalah mempersiapkan skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan penting di sebalik laporan berita mendakwa bahawa kontrak beliau bersama FAM tidak akan disambung.

FAM dilaporkan mengiklankan jawatan jurulatih skuad B-23 negara kerana dikatakan mahu mencari calon yang mampu mengubah nasib skuad berkenaan yang gagal menampilkan aksi memberangsangkan dalam beberapa kejohanan sebelum ini. Kim Swee yang juga jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara pada masa sama, turut mendedahkan bahawa beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad baru-baru ini, bagi membincangkan masa depannya bersama badan induk itu.

"Sudah tentu saya rasa sedikit terkilan tetapi apabila saya diberikan amanah, sudah tentu saya harus menjalankan tanggungjawab berkenaan dan ketepikan segala masalah," jelasnya. Sementara itu, pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi Ashari bertekad merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan setelah kali terakhir mewakili skuad kebangsaan pada 2011 di bawah kendalian Datuk K Rajagobal. Beliau yang juga boleh beraksi di bahagian serangan mengakui persaingan dalam pasukan bertambah sengit pada kali ini dengan kehadiran beberapa pemain baharu terutamanya pemain muda.

"Saya akan buktikan kemampuan saya kepada jurulatih sekiranya saya diturunkan beraksi dalam perlawanan menentang Timor Leste selepas ini," kata anak jati Kuala Terengganu itu. Selepas berdepan Laos, Malaysia bakal berkunjung ke Stadium Perbandaran Dili menentang Timor Leste pada aksi kelima kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada 13 Okt ini. Malaysia kini berada di tangga tercorot daripada empat pasukan dalam kumpulan A dengan kutipan satu mata menerusi satu keputusan seri dan satu kekalahan. Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) masih belum memutuskan mengenai keputusan perlawanan Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lalu yang ditangguh susulan kekecohan yang ditimbulkan penyokong dipercayai Ultras Malaya. - BERNAMA


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/86461