Ahad, 30 November 2014

Tutup mulut peminat `kuat komplen’

Singapura: Kejayaan skuad Harimau Malaya mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 menutup mulut pengkritik bola sepak tempatan yang sentiasa mempersoal kemampuan pasukan negara untuk melakar kemenangan di pentas antarabangsa.

Kemenangan bergaya 3-1 ke atas tuan rumah, Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, semalam, sudah tentu menggembirakan seluruh peminat bola sepak tanah air, sekali gus mencerahkan peluang Malaysia mengulangi kejayaan 2010 selepas menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan akhir.
Laungan puluhan ribu penyokong Singapura langsung tidak menggentarkan hampir 1,000 penyokong negara termasuk sebahagian besar penyokong tegar, Ultras Malaya yang sentiasa berada di belakang pemain ketika saat suka dan duka.
Lebih manis, skuad Harimau Malaya berjaya membalas dendam kekalahan 0-3 kepada lawan yang sama di hadapan puluhan ribu penyokong Malaysia pada edisi 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ramai pengkritik serta peminat bola sepak negara sebelum ini, mempersoal kemampuan skuad kendalian Dollah Salleh itu untuk melepasi peringkat kumpulan apatah lagi diundi bertemu juara tiga kali, Thailand serta Singapura selaku juara bertahan dan Myanmar.
Kegagalan demi kegagalan dalam beberapa aksi pemanas badan termasuk tumpas 0-3 kepada skuad Bawah 23 tahun Syria di Stadium Shah Alam pada 12 November lalu, turut membimbangkan peminat bola sepak tempatan.
Mengimbas pencapaian skuad Harimau Malaya pada edisi ke-10 kejohanan itu kali ini, mereka bermula dengan langkah hambar selepas terikat tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan, 23 November lalu.
Langkah sumbang Malaysia berterusan selepas dikecewakan pada minit terakhir menerusi penyerang gantian Thailand, Adisak Kraisorn yang menyaksikan mereka kalah 2-3 kepada skuad ‘Gajah Perang’ itu, tiga hari kemudian.
Skuad negara, bagaimanapun menebus kembali kekecewaan dengan kemenangan ke atas Singapura pada aksi terakhir peringkat kumpulan, untuk berdepan juara kumpulan A, Vietnam pada separuh akhir, awal Disember ini.
Penyokong Malaysia sewajarnya memberi penghargaan kepada Dollah yang menjadi pencetus dalam membawa bola sepak negara, yang agak suram ketika ini kembali ke landasan kejayaan.
Beberapa pengajaran boleh diambil menerusi kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir seperti semangat patriotik yang tertanam di dalam hati setiap pemain seperti mana yang diungkapkan oleh perancang tengah, Safiq Rahim.
“Kami memberi yang terbaik demi negara tercinta dan kami berjuang bersungguh-sungguh demi lambang bendera (Jalur Gemilang) yang terpahat di dada (jersi),” katanya.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sentiasa menyokong perjuangan skuad Harimau Malaya dalam mana-mana kejohanan seperti dipamerkan penyokong beberapa buah negara terutama di benua Eropah yang sentiasa menyokong pasukan masing-masing di kala suka dan duka.
Satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan pertemuan antara Thailand yang muncul juara Kumpulan B, berdepan naib juara kumpulan A, Filipina.
Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik, iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember. – BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:18 PM
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/13075#sthash.uW0sfZ4h.dpuf

Sabtu, 29 November 2014

Kalau dah rezeki – Safiq



30 November 2014 1:09 AM
SINGAPURA – “Sebelum melakukan sepakan, dalam hati saya bercakap satu perkara..kalau dah memang rezeki, bola ini memang akan ma­suk dan saya memang berada di konsentrasi tertinggi tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.”

Itu kata penjaring gol kedua negara, Safiq Rahim selepas membantu Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir Piala AFF dengan membenam Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang semalam.
Mengambil keputusan berani melakukan sepakan penalti yang menjadi hala tuju pasukan negara dalam Piala AFF, Safiq dengan tenang memperdayakan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny apabila bola menuju ke sebelah kanan sekali gus membenam Singa di laman sendiri.

“Masih ada semangat dalam kalangan pemain walaupun Si­ngapura berjaya meraih gol penyamaan di hujung permainan.

"Jika bagi komitmen 100 peratus sebelum wisel berakhir, kami masih ada peluang.

“Dalam bola sepak, perkara ini biasa..sesiapa yang buat silap, mereka akan kena.

"Nyata kami berjaya mengambil kesempatan atas apa yang berlaku,” katanya yang menjaringkan gol kedua dalam Piala AFF kali ini.

Tambah Safiq, dia berasakan aura 2010 seakan-akan sudah kembali dalam kem Harimau Malaya dan berharap mereka mampu me­ngulangi kejayaan yang sama ketika bertemu Vietnam pada separuh akhir.

“Moral dalam kalangan rakan sepasukan jelas begitu tinggi ketika ini, rasa seperti 2010.

“Harap kami meneruskan momentum ini apabila bertemu Viet­nam,” katanya, yang menjadi kapten Harimau Malaya ketika muncul juara empat tahun lalu.

Sementara itu jurulatih Singapura, Bernd Stange menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Dia mengakui sepakan penalti kepada Malaysia selepas Shakir Hamzah menolak Amri Yahyah pada minit ke-90 wajar diberikan.

“Malaysia menutup ruang kepada kami untuk bermain sepanjang perlawanan dan rombakan di bahagian pertahanan jelas memberi kesan kepada persembahan kami secara keseluruhan.

“Sepakan penalti adalah hak pengadil dan itu peraturan yang saya belajar.

“Berdasarkan apa yang saya lihat pada pandangan pertama, ia bukan penalti tetapi saya mahu lihat dahulu ulang tayang video,” katanya. – MINGGUAN
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kalau-dah-rezeki-8211-safiq-1.30716#sthash.AcH4s6dq.dpuf

Singapura bukan lagi lawan digeruni

29 November 2014 5:03 PM

SINGAPURA 29 Nov. - Jurulatih kelahiran Serbia, Raddy Avramovic memberi sedikit kelegaan kepada Harimau Malaya menjelang pertembungan hidup mati menentang Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF malam ini apabila menyifatkan bekas pasukannya itu bukan lagi lawan yang digeruni.
Bagaimanapun Avromovic, 65, yang pernah membantu Singapura menjulang tiga kejuaraan Piala AFF pada 2012, 2007 dan 2004 juga tidak meletakkan Malaysia sebagai pasukan pilihan pada edisi ke-10 kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu.
Dia yang kini membimbing Myanmar sebaliknya menganggap Thailand sebagai calon utama untuk merangkul kejuaraan, selain Vietnam. Kedua-dua pasukan tersebut sudahpun melayakkan diri ke separuh akhir.
“Suatu ketika dulu mereka memang pasukan yang sukar dikalahkan tetapi sekarang tidak lagi. Saya rasa Thailand serta Vietnam adalah dua pasukan terbaik dan calon untuk kejuaraan kali ini.
“Ketika Myanmar tewas kepada Singapura (2-4 dalam aksi Kumpulan B), ia disebabkan pemain kami kurang pengalaman dan fokus tetapi kami akan turun untuk mencari kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Thailand (malam ini),” kata Raddy. - AGENSI
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/singapura-bukan-lagi-lawan-digeruni-1.30572#sthash.WrdXuooT.dpuf

Tuah waktu kecederaan

Harimau baham singa untuk ke separuh akhir
30 November 2014 1:10 AM

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFF selepas membenam Singapura 3-1 dal
PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFF selepas membenam Singapura 3-1 dal

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFF selepas membenam Singapura 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Kallang semalam

SINGAPURA - Ketika Harimau Malaya sudah di ambang penyingkiran, tuah mengiringi mereka apabila dua gol waktu kecederaan membawa anak-anak buah Dollah Salleh ke separuh akhir Piala AFF dengan menundukkan Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang, semalam.

Walaupun Khairul Amri mema­dam gol pembukaan Safee Sali pada minit ke-83, semangat juang Malaysia nyata sukar dipadam.

Tindakan Shakir Hamzah menolak Amri Yahyah dalam kotak pe­nalti pada minit ke-90 mendorong pengadil, Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said memberi sepakan penalti kepada Malaysia.

Safiq Rahim yang mengambil sepakan tenang menewaskan penjaga gol, Hassan Sunny untuk meletakkan Malaysia kembali di depan.

Tuan rumah tidak berputus asa apabila cuba mendapatkan gol pe­nyamaan, namun tindakan Hassan naik bagi membantu semasa situasi sepakan percuma membawa padah apabila Indra Putra Mahyuddin menghukum kecuaian Singapura.

Dia yang mendapat bola melalui tandukan Abdul Manaf Mamat tenang menyepak masuk ke gawang yang ternganga pada minit kelima waktu kecederaan.

Kali terakhir Malaysia menang ke atas Singapura di sini adalah pada Piala AFF 2002 dengan kemenangan besar 4-0. Kebetulan Indra adalah penjaring gol terak­hir ketika itu.

Kemenangan ini bagai me­ngulangi skrip 2010 apabila Malaysia tewas aksi pembukaan kepada Indonesia, seri dalam perlawanan kedua menentang Thailand sebelum mengalahkan Laos.

Malaysia menamatkan kempen selaku naib juara Kumpulan B dan me­nempah pertemuan dengan Vietnam pada separuh akhir.

Harimau Malaya akan menerima kunjungan lawan di Stadium Shah Alam pada 7 Disember ini, sebelum bertandang ke Hanoi pada 11 Disember.

“Terima kasih kepada tuhan kerana di saat akhir kami mendapat sepakan penalti. Pemain tidak kenal erti kekalahan apabila Singapura menyamakan kedudukan.

“Selepas empat perlawanan saya mengambil alih skuad ini, kami tidak mampu mendapatkan kemenangan, kami masih mampu melayakkan diri ke separuh akhir dan strategi saya menggunakan pemain senior dalam minit terakhir permainabenar-benar menjadi,” kata jurulatih negara, Dollah Salleh. – MINGGUAN

Piala AFF: Malaysia layak separuh akhir

KUALA LUMPUR: Malaysia gah layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini.Kemenangan itu dengan dua gol pada lewat babak permainan membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan.

Gol Malaysia adalah sumbangan Safee Sali pada minit ke-61, Safiq Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal tuan rumah menerusi sumbangan Khairul Amri Kamal (m-83).
Dalam perlawanan lain, Thailand muncul juara kumpulan dengan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Myanmar 2-0.
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin)
SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.
PENGADIL: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman)

Jumaat, 28 November 2014

Muslim, Shukor teraju benteng

Singapura: Selepas diketepikan dalam dua perlawanan awal, jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh dijangka menagih semula khidmat pemain pertahanan tengah Mohd Muslim Ahmad (gambar) bagi perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 di Stadium Nasional, Kallang hari ini.Pemain berusia 23 tahun itu tidak diturunkan ketika Malaysia seri 0-0 dalam perlawanan pembukaan kerana digantung perlawanan dan tempatnya diserahkan kepada Mohd Fadhli Shas untuk bergandingan bersama Mohd Afif Amiruddin.

Namun selepas kubu negara dibolosi tiga kali ketika menentang Thailand Rabu lalu, Dollah dijangka memanggil kembali Muslim untuk membentuk kombinasi bersama kapten Shukor Adan yang sebelum ini bermain di posisi tengah.
Bagi Muslim yang menjadi tonggak skuad juara Piala AFF 2010, dia tidak sabar untuk kembali beraksi biarpun bakal berdepan cabaran cukup sukar menentang pasukan tuan rumah dan juara bertahan Singapura.
“Keputusan siapa akan bermain esok (hari ini) terletak di tangan jurulatih. Tapi jika diberi peluang sudah pasti saya akan berusaha menjalankan tugas itu dengan baik.
“Tidak kira siapa yang bermain, semua pemain perlu menunjukkan semangat juang tinggi,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.
Jika benar Muslim diturunkan, dia akan digandingkan bersama Shukor buat kali pertama.
“Kali pertama bermain dengan Shukor tidak penting sebaliknya terpulang kepada pemain itu sendiri untuk bermain dengan baik di padang.
“Kekuatan Singapura terletak kepada gerakan set-piece jadi kami perlu berhati-hati,” katanya.
Berikutan Shukor beraksi di bahagian pertahanan, tugas asalnya di posisi tengah bakal diserahkan kepada Gary Steven Robbat untuk bersama pemain perancang Safiq Rahim.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:10 AM
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/12770#sthash.rFbCI8mO.dpuf

Harimau Malaya ibarat ‘haiwan liar’ – Stange

29 November 2014 12:55 AM

DOLLAH SALLEH (kiri) dan Bernd Stange bersalaman pada sidang akhbar
DOLLAH SALLEH (kiri) dan Bernd Stange bersalaman pada sidang akhbar

DOLLAH SALLEH (kiri) dan Bernd Stange bersalaman pada sidang akhbar semalam menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF antara Malaysia menentang Singapura, malam ini.

SINGAPURA – Cuak? Bimbang?. Itu reaksi yang ditunjukkan jurulatih Singapura, Bernd Stange apabila dia menggambarkan Harimau Malaya ibarat haiwan liar yang terluka menjelang aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Kallang, malam ini.

Katanya, selepas mengharungi aksi persahabatan yang hambar, selain gagal mencatat kemenangan dalam kempen Piala AFF, Malaysia pastinya terdesak untuk me­lakukan kebangkitan.

Pengendali dari Jerman berusia 66 tahun itu berkata, pasukannya harus berwaspada dengan kejutan yang bakal ditampilkan Harimau Malaya.

Enggan mengambil sikap terlalu yakin, Stange yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan Belarus juga menambah, pasukan kendalian Dollah Salleh pasti mahu mencalar maruah Singapura di hadapan 55,000 penyokong sendiri.

“Pertembungan esok (hari ini) penting buat kedua-dua pasukan dan saya juga menghormati kemampuan Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan, Malaysia ibarat haiwan liar yang terluka selepas sering kalah dalam aksi persahabatan dan gagal menyerlah dalam kejohanan ini.

“Mereka pasti mahu bangkit dan situasi itu boleh membahayakan kami dalam perlawanan esok. Saya sama sekali tidak akan ambil mudah,” kata Stange.

Dalam masa sama, Stange mendedahkan tiada sebarang rahsia antara kedua-dua pasukan menjelang pertembungan malam ini kerana ma­sing-masing sudah masak dengan kekuatan, kelemahan serta strategi yang akan digunakan.

Dia juga mendedahkan selalu meluangkan masa menonton aksi pasukan dari Liga Malaysia tiap kali bertandang ke Stadium Jalan Besar, selain mendapatkan maklumat terkini daripada para pembantunya me­ngenai pasukan negara.

“Saya sudah menyaksikan banyak aksi pemain Malaysia di Jalan Besar jadi saya sudah tahu serba sedikit mengenai mereka.

“Dalam masa sama, beberapa jurulatih saya seperti Aide Iskandar dan Fandi Ahmad sentiasa memberikan maklumat,” katanya.

Singapura yang memulakan Piala AFF dengan kekalahan 1-2 kepada Thailand, mencatat kemenangan pertama 4-2 ke atas Myanmar kelmarin.

Namun kejayaan tiga mata itu dibayar dengan harga mahal ekoran Shahdan Sulaiman patah buku lali, sementara Baihakki Khaizan, digantung satu perlawanan. – UTUSAN
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaya-ibarat-8216-haiwan-liar-8217-8211-stange-1.30387#sthash.yyC8GZnn.dpuf

Tak merasa Stadium Nasional



28 November 2014 1:02 AM
 PEMAIN-pemain Malaysia  membuat senaman ringan sebelum memulakan
PEMAIN-pemain Malaysia membuat senaman ringan sebelum memulakan

PEMAIN-pemain Malaysia membuat senaman ringan sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Bishan semalam untuk persediaan menentang Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala AFF di Singapura esok. – UTUSAN

SINGAPURA - Selepas isu penyokong Malaysia dihadkan untuk membeli tiket ‘mahal’ sahaja, kini skuad negara pula tidak dibenarkan me­raih sedikit keserasian dengan padang Stadium Nasional yang bakal menjadi gelanggang pertemuan dengan tuan rumah dalam perlawanan hidup mati kedua-dua pasukan esok.

Kem Malaysia telah membuat rayuan berulang kali dengan bantuan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kepada pihak pengurusan stadium itu, Sports Hub Singapore untuk menjalani latihan di Stadium Nasional bagi menyesuaikan diri namun permintaan mereka ditolak mentah-mentah.

Alasan yang diberikan ialah mereka mahu menjaga mutu padang untuk perlawanan nanti.

Ini memberikan kelebihan kepada Singapura menjelang perlawanan terakhir dalam Kumpulan B, Piala AFF itu kerana mereka sudah bermain dua kali di situ sedangkan anak-anak buah Dollah Salleh selama ini beraksi di Stadium Jalan Besar yang kecil dan menggunakan padang sintetik.

“Saya terkilan kerana sepatutnya kita diberi peluang berlatih di situ. Saya tidak faham mengapa mereka tidak membenarkan kita berlatih sekurang-kurangnya sekali di sana.

“Berdasarkan maklumat yang saya dapat, perkara ini diputuskan oleh Sports Hub yang menjaga stadium itu. FAS cuba menolong kita dalam perkara ini, tetapi mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa walaupun sudah melakukan rayuan berulang kali.

“Bagi saya, ini merupakan satu kekurangan kepada kami meman­dangkan Singapura sudah berulang kali bermain di sana sementara kami sekali pun belum.

“Jika mengikut peraturan, sepatutnya kami diberikan sekali berlatih di sana, namun nampaknya kami terpaksa menerima keputusan ini walaupun tidak adil.

“Tetapi, ini bukan pengakhirannya kerana Thailand yang tidak mencuba padang berkenaan masih mampu menang ke atas Singapura,” katanya yang ditemui ketika sesi latihan Harimau Malaya di Stadium Bishan semalam.

Hanya staf kejurulatihan skuad negara diberi peluang untuk melihat sebentar padang di Stadium Nasional selepas sesi latihan.

Sementara itu dua pemain utama S. Kunanlan dan Safiq Rahim tidak mampu menjalani latihan penuh ekoran kecederaan lutut yang dialami dalam perlawanan berdepan Thailand kelmarin.

Malaysia bakal berdepan Singapura berbekalka n satu mata yang diraih selepas terikat 0-0 dengan Myanmar dalam perlawanan pertama dan kalah 3-2 kepada Thailand. Singapura pula kalah 2-1 kepada skuad Gajah Putih tetapi menang 4-2 ke atas Myanmar untuk mengumpul tiga mata.

“Sebenarnya bukan semua pemain boleh bermain baik di atas padang tiruan. Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) tidak boleh menunjukkan skil yang baik di atas padang tiruan, saya harap dia akan lebih menyerlah apabila menentang Singapura.

“Saya harap kita akan dapatkan kemenangan yang diidam-idamkan semasa berdepan Singapura nanti di Stadium Nasional. Bukan sahaja bermain dengan baik, malah dapat fokus sepanjang 90 minit permainan dan jangan ulang kesilapan seperti ketika bertemu Thailand,” katanya.

Dollah dikritik peminat yang menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan jurulatih negara itu menyenaraikan ‘orang lama’ seperti Shukor Adan dan Indra Putra Mahyuddin.

“Kalau diikutkan, saya malas hendak jawab soalan ini. Anda sendiri boleh tengok persembahan mereka tampak semakin meningkat, dan jika hendak katakan saya ambil pemain senior, tak mungkin tidak perasan ada pemain junior di dalam pasukan.

“Gary (Robbat) yang baru ber­umur 22 tahun selain Zubir Azmi ada di dalam pasukan. Saya tidak faham apa yang mereka (peminat) mahukan. Saya hendak beri fokus kepada persembahan pasukan sahaja sebelum bertemu Singapura,” katanya. – UTUSAN
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tak-merasa-stadium-nasional-1.30042#sthash.z595euia.dpuf

Ayuh, harimau mengaum!

29 November 2014 1:04 AM

 harimau malaya
harimau malaya
PEMAIN Harimau Malaya bersedia membawa misi hidup mati menentang Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Kallang malam ini.
SINGAPURA - Kemenangan hari ini bukan saja penting buat Malaysia untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF, malah Harimau Malaya mahu mendiamkan laungan keramat ‘Sorakan Kallang’ penyokong Singapura di Stadium Nasional, Kallang.
Misi dua dalam satu yang digalas kapten, Shukor Adan dan rakan-rakan bukan mustahil untuk dilakukan kerana semangat mereka untuk menebus kekalahan 2-3 kepada Thailand kini amat membara.
Hanya kemenangan mampu membawa Malaysia mara, selain mengharapkan Thailand menyekat Myanmar daripada meraih tiga mata.
Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh berjanji akan me­lakukan sesuatu kerana Singapura dianggap ‘musuh setempat’ dan maruah negara turut menjadi pertaruhan.
“Kami serius menghadapi perlawanan ini demi rakyat Malaysia. Kami akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan kemena­ngan.
“Tugas ini bagaimanapun tidak mudah kerana Singapura mendapat kelebihan beraksi penuh semangat di depan 30,000 penyokong mereka, namun saya percaya sesuatu akan berlaku,” kata Dollah.
Katanya lagi, penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha, tidak mencapai tahap terbaik dalam dua perlawanan pertama tetapi dijang­ka kembali menggegar apabila beraksi di atas padang rumput buat kali pertama.
“Dia sebenarnya tidak menampilkan corak yang saya mahu, namun dia berjanji kepada saya akan melakukan sesuatu apabila bertemu Singapura kerana lebih yakin bermain di atas padang rumput,” katanya.
S. Kunanlan mungkin diketepikan hari ini kerana belum pulih daripada kecederaan dan tempatnya diambil Azamuddin Akil. Mohd. Muslim Ahmad pula menguatkan benteng pertahanan.
Pertahanan PDRM itu dijangka berganding dengan Shukor Adan, manakala Mohd. Fadhli Mohd. Shas serta Afif Amiruddin bakal direhatkan.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ayuh-harimau-mengaum-1.30432#sthash.blFnWxdp.dpuf

Selasa, 25 November 2014

Jaga-jaga Thailand!

Harimau sedia mengaum,Safee kembali beraksi

26 November 2014 1:21 AM
SINGAPURA 24 NOVEMBER 2014 - Pemain Harimau Malaya, Safiq Rahim (dua kanan) bersama Mohd Azmi Muslim (kanan) menjalani latihan bagi persiapan perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 menentang Thailand Rabu ini, di Stadium Serangoon, di sini, hari ini. Gambar: Abdul Razak Latif / Pemberita: Dayne (Sukan) / Ahmad Fazli (Sukan Kosmo).
 
SINGAPURA - Selepas diketepikan daripada pertemuan menentang ­Myanmar, sentuhan pe­nyerang, Safee Sali mungkin ditagih pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh dalam usaha membentuk ramuan terbaik untuk menjinakkan Thailand pada aksi kedua Piala AFF di Stadium Jalan Besar, hari ini.
Turun dengan misi mencari tiga mata bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir, anak-anak buah Dollah berjanji untuk memberi tentangan terbaik bagi menutup mulut pengkritik yang sudah banyak menjatuhkan hukuman sebelum Piala AFF bermula lagi.
Walaupun sekadar mengutip satu mata semasa bertemu Myanmar, Ahad lalu, Dollah berjanji akan memberi berhabis-habisan menentang skuad Gajah Putih tanpa mempedulikan reputasi yang dibawa juara tiga kali itu.
“Kami telah mengkaji kekuatan dan kelemahan Thailland semasa bertemu Singapura. Saya percaya sesuatu akan berlaku dalam perlawanan dengan mereka.
“Tidak dinafikan Thailand semakin baik dan saya akui mereka pasukan pilihan, namun itu tidak bermakna kami mahu mengalah.
“Mereka pantas kerana membariskan ramai pemain muda, dan itulah yang membawa mereka ke separuh akhir Sukan Asia di Incheon. Mereka juga akan dibantu beberapa pemain berpengalaman, jelas kami perlu berada di kemuncak prestasi jika mahu mengalahkan mereka,” kata Dollah.
Mengharapkan badi kad merah yang diterima dalam tiga perlawanan tidak berulang, Dollah me­negaskan, tiada dalam perancangannya mengarahkan pemain bermain secara fizikal ke atas lawan.
“Tidak pernah saya mengarahkan pemain bermain kasar, bukan senang untuk beraksi dengan 10 pemain dan saya harap kami dapat tamatkan permainan esok dengan 11 pemain,” katanya.
Dalam sesi latihan di Stadium Jalan Besar semalam, Dollah mencuba pelbagai strategi dengan meletakkan Safee di barisan serangan bersama Norshahrul Idlan Talaha, manakala Mohd. Amri Yahyah bertindak selaku sayap kanan.
Ada kemungkinan Indra Putra Mahayuddin diletak di sayap kiri, manakala gandingan pertahanan, Afif Amiruddin dan Mohd. Fadhli Shas kekal selepas beraksi cemerlang ketika berdepan Myanmar.
Sementara itu kapten Harimau Malaya, Shukor Adan berjanji tidak akan keciciran mata lagi bagi mendapatkan bekalan selesa sebelum melakukan perhitungan akhir de­ngan tuan rumah, Singapura pada Sabtu ini.
“Kami tidak boleh keciciran mata lagi. Walaupun Thailand tampil sebagai satu unit yang bagus, kami bakal gandakan persembahan.
“Moral kami masih tinggi, malah semakin bersemangat.
“Tunggu saja esok petang (hari ini) dan kami akan cuba memberi kejutan kepada mereka,” katanya. – UTUSAN
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jaga-jaga-thailand-1.29243#sthash.KYVTwyOl.dpuf

Apex yakini Mat Yo, mahu kubu lebih kebal

Wartawan Sinar Harian
23 November 2014
Apex percaya Mat Yo mampu meledak jaringan.
    Apex percaya Mat Yo mampu meledak jaringan.  

PENJAGA gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yakin rakan seperjuangannya Norshahrul Idhlan Talaha mampu mempamerkan aksi berkualiti membantu pasukan mencapai kemenangan menjelang aksi pertama Kumpulan B menentang Myanmar dalam saingan Piala Suzuki AFF 2014, hari ini.

Jelasnya, keyakinan ini berdasarkan persembahan Norshahrul pada dua aksi persahabatan sebelum ini walaupun skuad kebangsaan tewas.

"Saya percaya Norshahrul kini berada dalam prestasi terbaik dengan ketajaman  penyudah, corak permainan dan keyakinan antara kelebihan dimilikinya.

"Benteng lawan pastinya gerun apabila bola berada di kakinya, pemain di bahagian serangan perlu menjaringkan lebih banyak gol kerana ia yang akan menentukan kemenangan menjadi milik pasukan.

“Bagi saingan kali ini memang kami perlu bekerja lebih keras demi mengembalikan semula imej Harimau Malaya yang tercalar selain mendapat semula keyakinan penyokong,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apex menuntut barisan pertahanan lebih kebal bagi memastikan kemenangan.

“Memang saya sangat harapkan barisan pertahanan yang akan diketuai Muslim Ahmad dapat bentuk kombinasi yang baik.

“Jadi, saya harap dengan latihan yang sudah kita jalankan dapat meningkatkan persefahaman antara pemain pertahanan dan mampu menjadikan kubu Harimau Malaya lebih kebal. Kita punyai ramai pertahanan yang hebat tapi mungkin mereka menghadapi sedikit masalah keserasian dan ia perlu diperbaiki sepenuhnya,” katanya .
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23.11.2014