MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 13 November 2014 2:04 AM
Penyerang skuad negara,
Norshahrul Idlan Talaha cuba merampas
Penyerang skuad negara,
Norshahrul Idlan Talaha cuba merampas bola dari kawalan pemain Syria, Abdul
Razak Al Husein (kanan) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam
malam tadi. Syria menang 3-0. – utusan/Saharuddin Abdullah
SHAH ALAM – Tinggal sembilan
hari sahaja lagi sebelum Harimau Malaya bertarung dalam Kejohanan AFF 2014
tetapi jika persembahan menentang Syria di Stadium Shah Alam malam tadi diambil
kira, terlalu banyak yang perlu diperbetulkan oleh Dollah Salleh.
Tewas 0-3 kepada lawan yang
berada di ranking 151 dunia, Dollah perlu memberi tumpuan lebih kepada bahagian
pertahanan yang kerap hilang fokus apabila lawan menyerang.
Ini merupakan kekalahan ketiga
dalam empat perlawanan kompetitif Harimau Malaya sejak dipegang oleh Dollah.
Kemenangan tunggal mereka hanya dicatatkan ke atas Kemboja di mana mereka
menang 4-1 pada 20 September lalu.
Hujan lebat sebaik perlawanan
bermula seolah-olah petanda buruk buat skuad negara yang dikejutkan dengan gol
awal Syria.
Melalui satu percubaan separuh
voli, sepakan Nadim Sabaq dari luar kotak penalti terkena pertahanan tuan rumah
sebelum membias masuk ke dalam pintu gol Harimau Malaya pada minit ke-13,
sekali gus menggamamkan kira-kira 2,000 penyokong negara.
Situasi mampu menjadi makin
parah buat pasukan negara 10 minit kemudian, mujur jaringan Sanhrarib Maliki
dibatalkan kerana didakwa berada dalam kedudukan ofsaid.
Sebaik bermula babak kedua,
Harimau Malaya menerima tamparan sekali lagi apabila Syria menggandakan
kelebihan pada minit ke-49 melalui tampanan Malki di hadapan pintu gol.
Walaupun tempo permainan di
babak kedua tampak sedikit berubah dengan kemasukan Hafiz Kamal yang
menggantikan Baddrol Bakhtiar, Syria ternyata masih terlalu unggul buat pasukan
negara.
Syria mengukuhkan kedudukan
pada minit ke-66 hasil kesilapan penjaga gol, Mohd. Farizal Marlias yang
sekadar menumbuk tinggi di hadapan pintu gol dan Omar Khrbin mudah menanduk
masuk ke dalam pintu gol yang terhidang luas.
Bagai jatuh ditimpa tangga,
skuad negara terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Mohd.
Fadhli Mohd. Shas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-81
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dollah-perlu-buat-banyak-pembetulan-1.24102#sthash.DCClHRJz.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan