23 November 2014 1:21 AM
Pemain Harimau Malaya menjalani
latihan terakhir di Stadium Jalan
Pemain Harimau Malaya menjalani
latihan terakhir di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam sebelum memulakan
perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar di venue
yang sama, hari ini.
SINGAPURA - “Saya harap
prestasi dia sebagai jurulatih tidak sama seperti ketika menjadi pemain.”
Itu pandangan sinis jurulatih
Myanmar, Radojko Avramovic mengenai pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh
menjelang aksi getir kedua-dua pasukan dalam saingan pembukaan Kumpulan B Piala
AFF Suzuki, hari ini.
Walaupun menyuarakan pandangan
secara sinis, Radojko atau lebih dikenali dengan panggilan Raddy, sebenarnya
kelihatan sedikit resah untuk berdepan Harimau Malaya di Stadium Jalan Besar.
Sejak awal sidang akhbar lagi,
jurulatih kelahiran Serbia itu tidak henti-henti memuji Malaysia yang
disifatkan berada dalam kelas tersendiri bersama Singapura dan Thailand kerana
pernah menjulang Piala AFF.
Selain itu, dia tidak mahu
menjadikan alasan pengalamannya ketika bergelar jurulatih Singapura sebelum
ini sebagai aset berharga.
Raddy pernah membawa skuad
Lions mengalahkan Malaysia 3-0 dalam saingan Piala AFF 2012.
“Apa yang sudah berlaku sebelum
ini cuma tinggal sejarah, dan saya kini adalah jurulatih Myanmar.
“Saya membimbing sebuah
pasukan yang berwajah baharu pada kejohanan kali ini.
“Ini adalah pertandingan
berlainan dan anda tidak boleh samakan situasi yang dulu sama seperti sekarang.
“Kami akan cuba memenangi tiap
perlawanan.
“Aksi pertama menentang
Malaysia, pasti menarik dan kami akan cuba tumbangkan mereka dalam perlawanan
esok,“ katanya.
Raddy pernah membawa Singapura
muncul juara tiga kali pada 2004, 2007 dan 2012.
Myanmar yang tampil dengan
status pasukan underdog dalam Kumpulan B bergantung terhadap prestasi dua
pemain Yangon United, Kyaw Ko Ko dan Kyi Lin.
Mempertaruhkan rata-rata pemain
bawah umur 25 tahun dengan tonggak paling tua adalah Win Min Thut yang berusia
28 tahun, Myanmar kini menghuni ranking 137 dunia, paling tinggi berbanding
Singapura, Thailand dan Malaysia.
Dalam masa sama, Raddy turut
bermain psikologi dengan Dollah apabila menghulurkan simpati kepada rakan
sejawatnya itu kerana tidak mempunyai masa yang banyak untuk membentuk pasukan.
Berasakan setiap jurulatih
perlu diberi waktu secukupnya bagi menghadapi kejohanan besar, dia berkata,
Dollah berdepan cabaran besar dalam membentuk skuad yang mantap.
“Bagi kes Dollah, saya tahu dia
menghadapi masalah kesuntukan masa dalam mendapatkan pasukan yang dimahukan.
“Jurulatih memerlukan sedikit
masa untuk membentuk pasukan terbaik,” katanya. – MINGGUAN
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/madah-berhelah-raddy-1.27952#sthash.3NIFam6n.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan