Pertarungan sebenar baru
bermula, ayuh lupakan kisah lalu
Malaysia sedia gempur
Pertarungan sebenar baru bermula, ayuh lupakan kisah lalu
23 November 2014 1:32 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-sedia-gempur-1.27981#sthash.o6YmG5Xj.dpuf
SINGAPURA 22 NOVEMBER 2014 -
Pemain Harimau Malaya menjalani latihan terakhir sebelum memulakan saingan
perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myammar Ahad ini,
di Stadium Jalan Besar, di sini, hari ini. Gambar: Abdul Razak Latif /
Pemberita: Dayne (Sukan) / Ahmad Fazli (Sukan Kosmo).
SINGAPURA - Apa jua keputusan
perlawanan persahabatan yang telah dilalui sebelum ini usah lagi dikenang, dan
tiada detik yang paling baik melakukan kebangkitan, selain membaham Myanmar
dalam aksi pembuka tirai Piala AFF 2014 di Stadium Jalan Besar, hari ini.
Anak-anak buah Dollah Salleh
turun bukan untuk merebut satu mata, sebaliknya mencari kemenangan mutlak dalam
aksi pertama Kumpulan B.
Mereka memerlukan permulaan
yang positif dalam misi merampas kejuaraan Piala AFF yang kali terakhir
dimenangi, empat tahun lalu.
Kemenangan penting untuk
mencerahkan peluang ke separuh akhir, selain menaikkan semula semangat pemain
selepas mengharungi kekalahan demi kekalahan dalam persiapan ke Singapura.
“Pemain amat serius menjelang
perlawanan pertama dengan Myanmar, ketika ini pemain saya hanya memikirkan
tentang kemenangan.
“Tiga mata sangat penting bagi
membakar semangat sebelum kita berdepan Thailand pada perlawanan kedua dan
Singapura.
“Dalam sesi tayangan video
perlawanan Myanmar, pemain memberi maklum balas yang bagus dan turut berbincang
dengan saya apakah strategi yang boleh dilakukan ketika bertemu lawan,” katanya
pada sesi latihan Harimau Malaya di Jalan Besar, semalam.
Berdasarkan pemerhatian awal
skuad Harimau Malaya, Dollah dijangka membuat sedikit kejutan dengan memberi
kepercayaan kepada Gary Steven Robbat mengemudi bahagian tengah bersama ketua
pasukan, Shukor Adan.
Selain itu, dia dilihat cenderung
untuk menggandingkan dua tonggak PDRM, Mohd. Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin
selaku pertahanan tengah, sementara Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol
utama.
Jika mahu menumbangkan The
White Angels hari ini, dia perlu merantai kemas empat pemain iaitu Kyaw Ko Ko,
Min Min Thu, Kyi Lin dan David Htan.
“Apa yang saya boleh rumuskan
selepas melakukan analisis terhadap kekuatan Myanmar, ada empat pemain cukup
berbahaya.
“Ko Ko seorang penyerang
berbahaya, selain pemain No. 8 (Min Min) yang cukup kreatif.
“Kyi Lin juga merupakan
penyerang yang sering bekerja keras, manakala keupayaan David yang menyarung
jersi No. 4 juga tidak boleh dipandang rendah, “ katanya lagi. – MINGGUAN
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-sedia-gempur-1.27981#sthash.o6YmG5Xj.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan