KUALA LUMPUR: Malaysia gah layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini.Kemenangan itu dengan dua gol pada lewat babak permainan membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan.
Gol Malaysia adalah sumbangan
Safee Sali pada minit ke-61, Safiq Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra
mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal tuan rumah menerusi sumbangan Khairul
Amri Kamal (m-83).
Dalam perlawanan lain, Thailand
muncul juara kumpulan dengan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan
Myanmar 2-0.
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che
Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad
Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary
Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat),
Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin)
SINGAPURA: Hassan Abdullah
Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad
Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad),
Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli,
Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun
Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.
PENGADIL: Al Kaf Ahmed Abu
Bakar Said (Oman)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan