16 November 2014
Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau yakin dengan keupayaan yang dimiliki
jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dalam membawa pasukan itu pada saingan
Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, bermula 23 November depan.
Katanya mana-mana pihak tidak
sepatutnya meragui apa sahaja keputusan yang diambil oleh jurulatih tersebut
terutamanya dari segi pemilihan pemain yang akan beraksi pada perlawanan itu
nanti.
"Saya tak nak komen lebih,
saya yakin jurulatih Dollah Salleh tahu apa yang dia perlu buat, jadi kita
tidak perlu komen lebih-lebih...biar dia buat
keputusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fit
Malaysia Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini hari ini.
Beliau berharap Dollah dan anak
buahnya akan memberikan persembahan terbaik pada setiap perlawanan dalam
kejohanan itu nanti.
Malaysia yang diundi dalam
kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan dengan berdepan Myanmar pada 23
November diikuti Thailand pada 26 November. Kedua-dua perlawanan itu akan
berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Skuad negara akan menamatkan
aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports
Hub, pada 29 November ini.
Vietnam, yang menjadi tuan
rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain
iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.
Berdasarkan format kejohanan,
dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang
diadakan mengikut format timbal balik. - Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 16.11.2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan