SKUAD negara (jersi jalur
kuning) sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Myanmar pada aksi
pertama Kunmpulan B kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar
Singapura semalam.
“MALAYSIA bukan lawan yang
mudah.” Demikian pengakuan jurulatih Myanmar, Radojko Avramovic semalam selepas
menyaksikan skuad kendaliannya mencatat keputusan seri tabnpa jaringan dengan
Harimau Malaya pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B kempen Piala AFF
Suzuki 2014 di Stadium Jalan besar, Singapura.
Avramovic juga mendedahkan
bahawa skuad kendaliannya tidak memiliki kelebihan meskipun beraksi menentang
10 pemain skuad Harimau Malaya selepas pemain tengah, Gary Stevan Robbat
dilayangkan kad merah pada minit ke-34.
Bekas pengendali Singapura itu
mendedahkan, Malaysia memiliki barisan pemain berkualiti dan tetap mampu
memberikan cabaran walaupun kehilangan seorang pemian seawal babak pertama
perlawanan lagi.
Jelasnya, keadaan permukaan
padang yang teruk di Stadium Jalan Besar, juga antara salah satu faktor mengapa
The White Eagles gagal mengekalkan rentak yang lebih baik.
“Kami menentang pasukan yang
pernah menjuarai Piala AFF Suzuki dan pemenang pingat emas Sukan SEA. Jadi,
mereka adalah satu pasukan yang cukup hebat.
“Saya tidak fikir mereka
beraksi dengan 10 pemain menjadi kelebihan kepada kami tetapi saya percaya
mereka sebenarnya adalah satu pasukan berpengalaman dalam menangani situasi
ini.
“Saya melihat pemain-pemain
saya agak leka sebaik Malaysia beraksi dengan 10 pemain. Mereka juga seperti
teragak-agak ketika berada dalam kotak penalti Malaysia.
Dalam perkembangan lain,
Avramovic mendedahkan, beliau menuntut pasukannya agar bangkit apabila berdepan
dengan bekas pasukannya, Singapura pada perlawanan kedua di Stadium Nasional,
Rabu ini.
Sementara itu, dalam satu lagi
perlawanan Kumpulan B semalam, Thailand tampil dalam kelas tersendiri untuk
menghampakan Singapura 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional,
Singapura.
Ternyata, rentak permainan
agresif Thailand telah membuahkan hasil apabila membuka tirai jaringan menerusi
Mongkol Tossakrai pada minit kesembilan.
Bagaimanapun, kelebihan skuad
kendalian Kiatisuk Senamuang itu tidak bertahan lama apabila pasukan tuan rumah
kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-20 menerusi jaringan Khairul Amri.
Ketika perlawanan dilihat bakal
berakhir dengan keputusan seri, Charyl Chappuis memastikan skuad Gajah Putih
itu meraih tiga mata penuh apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan
penalti pada minit ke-89.
sumberArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3JyfzzUs5Hakcipta
terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan