Jumaat, 21 Julai 2017

Baiki kelemahan



Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kegagalan skuad bawah 15 tahun negara (B-15) melangkah ke final Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) tidak mencemaskan pengendali Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Skuad yang ditunjangi 100 peratus produk NFDP itu tewas tipis 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan di Chonburi kelmarin.

Kegagalan itu menyaksikan cubaan untuk menakluk rantau ini sekali lagi gagal biarpun sebelum ini menyerlah dalam beberapa kejohanan seperti Iber Cup Costa Del Sol di Sepanyol 2015 serta Piala SuperMokh, Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif NFDP Safirul Azli Abu Bakar (gambar) berkata, walaupun agak kecewa skuad bimbingan Raja Azlan Shah itu gagal meneruskan kemaraan hingga ke final, namun beliau melihat banyak perkara positif dengan pemain berkenaan mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan.

“Kita sebenarnya hanya menghantar skuad kedua ke kejohanan itu dan merehatkan pasukan elit.

“Ia bertujuan memberi peluang kepada pemain skuad kedua itu untuk diserapkan ke pasukan elit yang akan bertanding di pusingan kelayakan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) B-16 yang turut menawarkan laluan ke Piala Dunia 2019 nanti.

“Jadi, kami di NFDP yakin percaturan menghantar skuad kedua bukan suatu kegagalan tapi ia sebahagian daripada pembangunan bagi memberi peluang dan meluaskan bakat pemain muda kita,” katanya ketika dihubungi, Arena Metro semalam.

NFDP yang ditubuhkan pada 2014 lalu menyasarkan untuk layak ke saingan Piala Dunia Remaja B-17 pada 2019 nanti yang menjadi misi utama penubuhan organisasi itu selain mahu melahirkan hampir 50,000 pemain menjelang 2020.

Menurut Safirul, selepas ini fokus skuad berkenaan tertumpu kepada perebutan tempat ketiga dan keempat apabila dijadualkan turun menentang Australia B-15 hari ini.

“Kita tidak pernah bertemu skuad pelapis Australia. Jadi pengalaman ini amat penting dalam persiapan kelayakan Piala AFC (B-16), September ini.

“Pada masa sama, pemain perlu ingat aksi di Thailand bakal menjadi bekalan mereka untuk dipilih menyertai skuad utama.

“Jurulatih Lim Teong Kim (Pengarah NFDP) akan menilai prestasi pemain untuk dimasukkan ke dalam skuad utama ke saingan Piala AFC nanti,” katanya.

Berdasarkan undian kelayakan Piala AFC nanti, Malaysia diletakkan sekumpulan bersama-sama Jepun, Singapura dan Guam dalam kumpulan J yang berlangsung di Bekasi, Indonesia bermula 20-24 September.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 4:16 AM

Bola Shebby: Utama tugas bersama negara



Serbegeth Singh
 
Apa jua drama di luar padang, persembahan di atas padang yang membuktikan kekuatan mental pemain serta persiapan taktikal pasukan.

Kita sudah melihat bagaimana skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) dilanda pelbagai cabaran. Pihak kejurulatihan kurang berpuas hati kerana tidak diberi masa mencukupi untuk persiapan kemas bagi Kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23.

Perkataan persiapan itu teramat luas. Kita sudah mengikuti perkembangan pasukan bawah umur yang sudah melakukan persiapan panjang. Begitu panjang sehingga kita pernah beraksi dalam liga luar negara. Sudah tentu kita tahu betapa menghampakan pasukan kita yang pernah beraksi di Slovakia serta Australia.

Kita pernah juga beraksi di Liga Singapura, tetapi matlamat ditetapkan juga tidak mencapai sasaran, malah lebih menyedihkan apabila gagal membantu dalam meningkat tahap bola sepak Malaysia. Malah, pemain berpotensi tetap hanya ‘berpotensi’ walaupun usia meningkat.

Jangka masa pendek atau panjang persiapan tidak akan membawa perbezaan sekiranya pemain ini tidak beraksi dalam Liga Malaysia. Beraksi dalam Liga Malaysia lebih mendatangkan faedah daripada pemain dikongkong bersama sebagai satu pasukan.

Kita sudah dapat lihat bagaimana skuad peringkat umur negara gagal menyesuaikan diri menghadapi cabaran fizikal dan mental apabila menentang pasukan yang memiliki kelebihan fizikal serta agresif.

Pelajaran yang kita terima apabila beraksi di Liga Malaysia bersama pemain dewasa akan membantu pemain muda itu menjadi lebih mantap secara keseluruhan.

Apa yang berlaku di Bangkok dalam Kumpulan H boleh menjadi penunjuk arah persiapan baru bagi bola sepak Malaysia. Ada perkara yang harus diselesaikan FAM seperti kehadiran pemain ketika sesi latihan. Seharusnya, setiap pemain yang dipanggil menjalani latihan terpaksa melapor diri kerana ini khidmat negara.

Pemain ini pula dilepaskan untuk mewakili pasukan masing-masing sebelum kembali hadir di kem latihan. Ada separuh pemain yang tidak langsung melaporkan diri mereka dan harus dilupakan. Pemain seperti Matthew Davies sudah menjadi pemain asas pasukan kebangsaan maka harus di hormati sebagai senior.

Kita lihat contoh bagaimana Fadhli Shas yang beraksi untuk pasukan senior, bermain bersama skuad Harimau Malaya sejak 2010 tetapi sejak 2016 mula menunjukkan persembahan naik turun.

Beraksi bertubi-tubi di semua kejohanan antarabangsa selama lima tahun menyebabkan pemain tonggak pertahanan itu kini terkapai-kapai mencari tahap sebenar. Sepatutnya, Fadhli mempersembahkan terbaik kerana sudah memasuki peringkat umur menghala ke kemuncak sebagai pemain bola sepak. Jadi, tidak perlu Matthew mengikut jejak langkah Fadhli dan mengalami ‘burn-out’.

Tetapi, pemain seperti Safawi Rasid tidak sedar bahawa sekadar menjadi pemain simpanan Johor Darul Ta’zim tidak membantu perkembangan kerjayanya. Pemain ini sudah merosot prestasinya dan perlukan banyak aksi untuk kembalikan perkembangannya sebagai seorang pemain bola sepak. Menjadi pemain simpanan atau sambilan di peringkat umur sekarang akan menjejaskan tahap persembahannya. Mungkin Safawi boleh belajar daripada rakan sepasukan Nazmi Faiz Mansor mengenai betapa sukar untuk kembalikan prestasi kerana kesilapan di peringkat umur pembangunan.

Kita berharap pihak FAM serta jurulatih di bawah naungan badan induk itu akan mengambil satu ‘world view’ untuk mencarta pembangunan bola sepak. Adakalanya, pembangunan jangka masa panjang serentak dengan pendek diperlukan tanpa menggadai jangka masa kini!

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 4:13 AM

Skuad negara tewas aksi kedua



Aziman Rosdi di Bangkok
aziman@hmetro.com.my
SKUAD bawah 22 tahun negara (B-22) gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 0-3 kepada Thailand B-22 dalam aksi kedua Kumpulan H kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, hari ini.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menutup peluang anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke pusingan akhir di China tahun depan.

Malaysia perlu menang ke atas Mongolia pada aksi terakhir Ahad ini manakala Thailand akan membuat perhitungan dengan Indonesia bagi slot automatik selaku juara kumpulan.

Malaysia kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan tiga mata berkongsi mata bersama Indonesia yang bangkit selepas tumpas 0-3 kepada skuad negara Rabu lalu apabila membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua.

Thailand pula muncul pendahulu dengan empat mata selepas seri 1-1 dengan Mongolia pada perlawanan pembukaan.

Dalam perlawanan kedua menentang Malaysia, tuan rumah dikendalikan bekas pemain import Kelantan Worrawoot Srimaka membuka tirai jaringan pada ke ke-24 hasil sepakan kapten Chenrop Samphaodi.

Chenrop sekali lagi menghukum kesilapan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya apabila merembat bola dari jarak dekat menewaskan penjaga gol Amierul Hakimi Awang sebelum tamat babak pertama.

Tuan rumah terus selesa pada m-86 apabila pemain gantian Phicha Au-Tra meledak gol ketiga apabila memanfaatkan situasi satu lawan satu dengan Amierul Hakimi.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 10:48 PM

Harimau terkulai di Bangkok



Malaysia mesti kalahkan Mongolia untuk buru tiket ke China
PEMAIN Malaysia, Muhammad Irfan Zakaria (kanan) bersaing dengan
PEMAIN Malaysia, Muhammad Irfan Zakaria (kanan) bersaing dengan pemain Thailand dalam aksi Kumpulan H, Kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun di Stadium Supachalasai, Bangkok semalam. www.asiana.my

22 Julai 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUALA LUMPUR 21 Julai - Selepas cemerlang membenam Indonesia 3-0 dalam aksi pembukaan kelmarin, Malaysia gagal meneruskan momentum apabila akur dengan corak permainan pantas yang dipamerkan Thailand ketika tumbang 0-3 dalam aksi kedua Kumpulan H, Kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun di Bangkok, hari ini.

Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) bimbingan Datuk Ong Kim Swee seperti kehilangan idea untuk menembusi benteng pasukan Gajah Perang di Stadium Nasional Supachalasai, biarpun tampak cukup meyakinan ketika memulakan kempen kejohanan.

Sebaik sahaja sepak mula dilakukan, Thailand lebih banyak mengasak kubu skuad muda negara yang diketuai Muhammad Adib Zainudin, yang cemas sepanjang permainan.

Gawang Malaysia bocor pada minit ke-24 menerusi pe­nyerang dan ketua pasukan tuan rumah, Chenrop Samphaodi yang memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti.
Advertisement

Powered By YuMe

Pintu gol skuad B-22 yang dikawal oleh Amierul Hakimi Awang itu sekali lagi dibolosi oleh Samphaodi pada masa kecederaan babak pertama apabila dia bijak memanfaatkan peluang daripada situasi kelam kabut setelah pertahanan negara gagal mengeluarkan bola dengan sempurna daripada kawasan bahaya.

Bersambung babak kedua, Malaysia kembali untuk mengatur rentak permainan, namun masih gagal menangani corak pantas Thailand yang turut mendominasi penguasaan bola.

Ketika perlawanan seakan bakal berakhir dengan keputusan 2-0, kelekaan barisan pertahanan negara sekali lagi dihukum menerusi ledakan gol ketiga daripada pemain tengah Thailand, Phicha Au-Tra.

Phicha bijak melepasi pe­rangkap ofsaid sebelum mudah menewaskan Amierul untuk kali ketiga dalam situasi satu lawan satu.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand merampas kedudukan pendahulu kumpulan daripada Malaysia dengan me­ngumpul empat mata selepas seri 1-1 dengan Mongolia dalam aksi pertama.

Indonesia yang berpesta gol 7-0 ke atas Mongolia dalam perlawanan sebelah petang naik ke tangga kedua.

Skuad negara pula berada ditempat ketiga selepas tamat dua perlawanan.

Dua pasukan teratas peringkat kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala AFC B-23 di China, tahun depan.

Sekiranya Malaysia mahu layak ke pusingan akhir, mereka perlu meraih kemenangan ke atas Mongolia, Ahad ini

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-terkulai-di-bangkok-1.505910#ixzz4nVoQzR9B
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN PENUH THAILAND 3-0 MALAYSIA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Thailand    3-0 Malaysia

m-24, m-45 Chenrop Samphaodi

KEPUTUSAN MASA PERTAMA THAILAND 2-0 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Thailand    2-0 Malaysia

m-24, m-45 Chenrop Samphaodi        

Tugas berat nanti Kim Swee


ONG KIM SWEE (kanan) bercakap kepada pemain-pemainnya ketika sesi
ONG KIM SWEE (kanan) bercakap kepada pemain-pemainnya ketika sesi latihan di Bangkok semalam untuk persediaan menentang Indonesia dalam Kelayakan Piala AFC Bawah 23.
Rozaidi Zulkifli
19 Julai 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 18 Julai - Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui dia berhadapan dengan tugas berat dalam kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23), 2018 di Bangkok.

Kim Swee hanya mendapat semua anggota skuadnya dalam masa lima hari sebelum kejohanan, itu pun beberapa pemain yang dipanggilnya gagal melapor diri disebabkan kelab mereka enggan memberi pelepasan.


Bagaimanapun, pengendali dari Melaka itu tidak mahu isu tersebut mengganggu misinya untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara Kumpulan H, sekali gus layak ke pusingan akhir di China tahun depan.

“Saya hanya dapat kumpul pemain lima hari lepas. Bagi saya semua perlawanan amat penting tidak kira sama ada bertemu Indonesia, Thailand mahupun Mongolia. Apa yang penting semua pemain perlu kekal fokus dalam setiap perlawanan.

“Kalau dibandingkan de­ngan pasukan lain, pasukan kita kurang persiapan rapi. Kita tahu, Indonesia terutamanya telah bersiap sedia lebih awal manakala Thailand menghentikan pertandingan liga mereka lebih awal,” katanya dalam sidang akhbar di Bangkok, hari ini.

Bagaimanapun, dia mengingatkan pemainnya agar tidak gentar dengan apa jua yang dihadapi pasukan sebaliknya kekal fokus dan mengharungi perlawanan demi perlawanan tanpa memikirkan mengenai ke­seluruhan persaingan peringkat kumpulan itu.

Meskipun persiapan skuad B-22 negara serba kekurangan, Kim Swee yakin anak buahnya sudah bersedia untuk memberikan tentangan sengit sama se­perti pasukan lain.

“Saya percaya semua pasukan bersiap sedia dengan baik terutamanya Thailand, sebuah pasukan yang hebat dan pilihan. Begitu juga Indonesia. Tapi kita tak boleh memandang rendah kepada Mongolia.

“Saya tetap percaya dengan keupayaan pemain saya kerana tujuan kita ke sini adalah untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya,” katanya.

Malaysia akan memulakan persaingan di Bangkok de­ngan menentang Indonesia esok pada pukul 4 petang (5 petang waktu Malaysia) di Stadium Nasional Supachalasai.
sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tugas-berat-nanti-kim-swee-1.504595#ixzz4nSkl33cV

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 18 Julai 2017

Persiapan ala kadar

Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
Petaling Jaya: Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mahu semua pihak bersikap realistik dengan kemampuan anak buahnya yang hanya membuat persiapan ala kadar untuk mengharungi saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19-23 Julai ini.

Beliau sedar ramai pihak terutama peminat tempatan mula meletakkan harapan tinggi terhadap pasukan bimbingannya untuk menyerlah bukan saja pada kempen kelayakan itu, malah Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan susulan kemenangan 2-0 ke atas Myanmar yang juga naib juara Sukan SEA 2015 pada aksi persahabatan antarabangsa Khamis lalu.

Kim Swee berkata, pasukannya masih dalam keadaan tidak bersedia untuk menghadapi dua kejohanan itu apatah lagi sehingga semalam, beliau hanya mempunyai 19 pemain untuk berlatih bersama daripada 26 pemain kesemuanya.

“Macam mana kami nak bersedia untuk ke Bangkok Isnin ini jika hanya ada 19 pemain berlatih hari ini (semalam),” katanya.

Selain mengalami kecederaan tiga lagi pemain - Syazwan Zaipol dari PKNP FC, Nur Shamie Iszuan dan Tommy Mawat Badu (Sarawak) - terpaksa dilepaskan sementara kerana perlawanan liga.

“Saya cuba melakukan persiapan taktikal saja dengan pemain yang ada ini. Cuma saya masih menantikan enam pemain yang tidak mendapat pelepasan sebelum ini selepas perlawanan Liga Super dengan pasukan masing-masing malam ini (tadi),” katanya.

Enam pemain yang dimaksudkan itu ialah Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang), S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim).

Kim Swee hanya akan mengumumkan senarai akhir pemainnya ke Bangkok hari ini.

Menurut bekas jurulatih kebangsaan itu, bukan mudah untuk mereka melepasi halangan peringkat Kumpulan H Kejohanan AFC B-23 itu apabila berdepan seteru serantau Thailand, Indonesia serta Mongolia.

“Kita tahu Thailand dan Indonesia bukan lawan yang mudah dan tidak boleh disamakan dengan Myanmar.

“Liga di Thailand sudah berehat dan mereka tidak ada masalah untuk berlatih.

“Indonesia juga saya dimaklumkan sudah seminggu mengadakan latihan pusat di Bali jadi mereka sudah bersedia,” kata Kim Swee.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 4:37 AM

Skuad B-15 Malaysia benam Brunei [VIDEO]

Team Digital HM
 
SKUAD bolasepak Bawah 15 (B-15) Malaysia menewaskan Brunei Darussalam 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Piala B-15 AFF 2017 di Stadium Campus, Chonburi, Thailand, hari ini.

Tiga gol skuad Malaysia dijaringkan oleh Azrul Haikal Ramlee m-5, Amirul Azzim Ruzki (37’) dan Amirul Ashrafiq Hanifah (47’).

Skuad kendalian Raja Azlan Shah akan menentang Vietnam pada perlawanan keempat Kumpulan B pada 16 Julai (Ahad) 2017.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 11:27 PM

Sabtu, 15 Julai 2017

Lebih kuat kalau ada 6 tonggak lagi


PEMAIN negara, Syazwan Andik (atas) diasak pemain Myanmar di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Datuk Shukor Salleh percaya skuad bawah 22 tahun negara (B-22) akan lebih mantap andai jurulatih Datuk Ong Kim Swee mendapat khidmat enam pemain tonggak tidak mendapat pelepasan pasukan negeri dan kelab masing-masing.

Katanya, situasi beberapa pasukan ini menyukarkan mereka melepaskan pemain kerana masalah jadual padat namun jalan penyelesaian terbaik perlu dicari segera supaya tidak berulang.

“Skuad Kim Swee ini ada peluang cerah dan saya yakin mereka mampu pergi jauh selepas melihat mereka menewaskan Myanmar 2-0 semalam (kelmarin),” katanya.

Kim Swee berdepan masalah menghimpunkan 26 pemain apabila hanya dapat berlatih sehari sebelum aksi di Stadium Shah Alam itu.

Bagaimanapun, daripada 26 pemain itu, bekas jurulatih kebangsaan itu terpaksa memanggil tujuh pemain baru selepas enam pemain asal - Safawi Rasid dan Haziq Nadzli dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT), S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang) - tidak mendapat pelepasan.

Menurut Shukor, jika masalah jadual padat dijadikan alasan, ia tidak adil buat pasukan lain kerana turut berdepan situasi sama terutama Kedah yang melepaskan enam pemain menyertai skuad B-22.

Dalam pada itu Kim Swee yang akan berlepas ke Bangkok bagi saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23, Isnin ini masih menantikan enam pemain berkenaan akan muncul melaporkan diri.

“Pintu buat enam pemain tidak datang ini masih terbuka sebelum saya putuskan senarai yang akan ke Bangkok,” katanya.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2017 @ 3:33 AM

Jumaat, 14 Julai 2017

Malaysia raih suntikan semangat

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
 
THANABALAN (tiga dari kanan) menjaringkan satu gol ketika membantu skuad muda negara menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.

SKUAD bawah 22 tahun (B-22) negara meraih suntikan moral terbaik sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 selepas kemenangan 2-0 ke atas pasukan B-22 Myanmar dalam aksi pemanas badan malam tadi.

Dalam aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka tirai jaringan menerusi N. Thanabalan pada minit ke-26.

Saat cemas berlaku apabila pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa menunda perlawanan selama empat minit selepas serpihan bumbung stadium dilihat berterbangan ekoran angin kencang dan hujan lebat pada minit ke-33.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang keghairahan skuad muda negara memburu gol apabila mereka memperoleh beberapa peluang untuk menggandakan jaringan hasil gerakan daripada Jafri Firdaus Chew.

Begitupun, percubaan tepat penyerang Pulau Pinang itu gagal dijelmakan sebagai jaringan buat pasukan negara pada minit ke-43 dan ke-45.

Bersambung pada babak kedua, faktor padang becak akibat hujan lebat menyebabkan rentak permainan sedikit terjejas.

Pasukan pelawat yang dibimbing Gerd Zeise mempamerkan kebangkitan tetapi penjaga gol, Mohd. Ifwat Akmal berjaya menggagalkan setiap percubaan tepat skuad Myanmar.

Skuad negara terus ghairah mengasak benteng pertahanan pasukan lawan dan hasilnya pemain gantian, Muhammad Danial Ashraf Abdullah melengkapkan kemenangan Malaysia apabila meledak gol kedua pada minit ke-86.

Pasukan negara yang turun sebagai tuan rumah acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan, akan berlepas ke Bangkok, Isnin ini dalam misi untuk layak ke pusingan akhir kejohanan Piala AFC B-23 di China pada 2018.



SUMBERArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4mnKcPZSr

Hakcipta terpelihara

Fokus kepada skuad sedia ada

YUSOFF (kanan) mahu Kim Swee mempersiapkan skuad mantap dengan pemain sedia ada bagi menghadapi Kejohanan AFC B-23 di Bangkok minggu depan.

KETUA jurulatih skuad muda negara dinasihatkan supaya memberi tumpuan latihan kepada pemain yang hadir ke kem latihan pusat, kata Timbalan Presiden Persa­tuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi.

“Daripada menunggu sesuatu yang belum pasti, lebih baik tumpukan sahaja kepada pemain yang sedia ada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Beliau mengulas situasi malang yang menimpa ketua jurulatih bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee selepas gagal menghimpunkan pemain utama menjelang sai­ngan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, Thailand pada 19 Julai ini.

Katanya, seramai tujuh pemain baharu sudah dipanggil bagi mengisi kekosongan tersebut dan kini fokus FAM hanya tertumpu kepada usaha mempersiapkan pasukan itu yang turut membawa cabaran negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos depan.

Tujuh pemain baharu itu termasuk Sea Eugene Selvaraj, L. Kalaiharasan, Fauzan Fauzi (Negeri Sembilan), Faridzuean Kamaruddin (Sime Darby), Ahmad Solehin Mamat (Kuala Lumpur), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak) dan Akhyar Rashid (Kedah).

“Mungkin Kim Swee masih mengharapkan pemain-pemain utamanya itu dapat datang tetapi ia bukan lagi misi utama pasukan. Kita sudah mempu­nyai pemain yang lengkap untuk beraksi di Bangkok, jadi lebih baik kita titikberatkan soal kejohanan.

“Semangat bermain untuk negara itu yang penting. Saya lihat pemain baharu yang kita panggil ini mempunyai sema­ngat juang yang tinggi dan kualiti yang tidak kurang hebat daripada pemain yang dipanggil sebelum ini,” ujarnya.

Pasukan negara yang diundi dalam Kumpulan H dijadualkan bertemu Indonesia pada aksi pembukaan 19 Julai ini dan Thailand (21 Julai) sebelum membuat perhitungan de­ngan Mongolia (23 Julai) untuk melengkap kempen kelayakan tersebut. – Bernama



sumberArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4mnGuGVTc
Hakcipta terpelihara 

Khamis, 13 Julai 2017

TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 1-0 MYANMAR


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0 myanmar
m-25 N.Thanabalan
PEMAIN MALAYSIA
19 MD IFWAT AKMAL
05 ADIB ZAINUDDIN
07 AMIRUL HISYAM
09 ADAM NORAZLIN
11 JAFRI FIRDAUS CHEW
12 N.THANABALAN
16 MD DANIAL AMIR
17 IRFAN ZAKARIA
20 SYAFIQ AHMAD
21 M.SYAZWAN ANDIK
23 ARIF FARHAN MD ISA
PEMAIN GANTIAN
22 AMIRUL HAKIMI
08 DANIAL ASYRAF
15 SEAN SELVARAJ
14 SHAMIE ISZUAN

Hanya Jafri Firdaus dilepas kepada Kim Swee

Jafri FIRDAUS CHEW (kanan) menjadi pemain tunggal dilepaskan oleh
JAFRI FIRDAUS CHEW (kanan) menjadi pemain tunggal dilepaskan oleh Pulau Pinang kepada skuad B-22 negara.
13 Julai 2017 3:00 AM
PULAU PINANG 12 Julai - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memutuskan hanya melepaskan Jafri Firdaus Chew daripada tiga pemain mereka yang dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad bawah 22 tahun Malaysia (B-22) hari ini.

Pengurus Pulau Pinang, L. Katherisan berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira prestasi pasukan mereka yang sedang bergelut di zon penyingkiran Liga Super.


Malam tadi rentak sumbang skuad Harimau Kumbang berterusan apabila mengalami kekalahan ke-11 apabila tunduk 0-2 kepada PKNS di Stadium Negeri Batu Kawan.

Berikutan keputusan itu, FAP membuat keputusan untuk tidak melepaskan S. Kumaahran dan Syamer Kutty Abba dan hanya memberi restu kepada Jafri Firdaus untuk menyahut panggilan skuad Projek Sukan SEA yang berdepan misi penting iaitu menyertai pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, Thailand sebelum bersaing dalam Sukan SEA Kuala Lumpur pada bulan depan.
Katherisan berkata, soalan mengapa FAP hanya melepaskan Jafri Firdaus tidak patut ditanya ketika ini.

“Awak perlu tahu dalam kedudukan sekarang Pulau Pinang amat memerlukan pemain-pemain berkenaan namun kami juga tidak bersikap lepas tangan apabila turut membantu skuad negara dengan membenarkan seorang pemain menyertai skuad kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, ketua jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee runsing apabila hanya 12 pemain melapor diri untuk menyertai latihan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Stadium Shah Alam esok.

Selain Pulau Pinang, pemain pasukan Kedah dan JDT yang dipanggil juga dilaporkan tidak menghadiri sesi latihan pertama minggu lalu namun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengesahkan lima pemainnya sudah dilepaskan selepas perlawanan Liga Super menentang Melaka malam tadi.

Mengulas mengenai prestasi skuad Harimau Kumbang ketika ini, Katherisan berkata, pemain-pemainnya berada di bawah tekanan dan gagal menyerap asakan pasukan pelawat pada masa separuh masa kedua.

“Mereka memberi saingan pada separuh masa kedua namun ternyata tekanan semakin memuncak kerana kedudukan pasukan dalam liga ketika ini,” katanya.

Namun demikian katanya, pengurusan masih positif dan akan menggunakan baki tujuh perlawanan ini untuk meraih mata maksimum sekali gus keluar dari zon penyingkiran
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hanya-jafri-firdaus-dilepas-kepada-kim-swee-1.502204#ixzz4migZGlpg

© Utusan Melayu (M) Bhd