Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
THANABALAN (tiga dari kanan)
menjaringkan satu gol ketika membantu skuad muda negara menewaskan Myanmar 2-0
pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.
SKUAD bawah 22 tahun (B-22)
negara meraih suntikan moral terbaik sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 selepas kemenangan 2-0 ke atas pasukan
B-22 Myanmar dalam aksi pemanas badan malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Shah Alam
itu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka tirai jaringan menerusi N.
Thanabalan pada minit ke-26.
Saat cemas berlaku apabila
pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa menunda perlawanan selama
empat minit selepas serpihan bumbung stadium dilihat berterbangan ekoran angin
kencang dan hujan lebat pada minit ke-33.
Bagaimanapun, ia tidak
menghalang keghairahan skuad muda negara memburu gol apabila mereka memperoleh
beberapa peluang untuk menggandakan jaringan hasil gerakan daripada Jafri
Firdaus Chew.
Begitupun, percubaan tepat
penyerang Pulau Pinang itu gagal dijelmakan sebagai jaringan buat pasukan
negara pada minit ke-43 dan ke-45.
Bersambung pada babak kedua,
faktor padang becak akibat hujan lebat menyebabkan rentak permainan sedikit
terjejas.
Pasukan pelawat yang dibimbing
Gerd Zeise mempamerkan kebangkitan tetapi penjaga gol, Mohd. Ifwat Akmal
berjaya menggagalkan setiap percubaan tepat skuad Myanmar.
Skuad negara terus ghairah
mengasak benteng pertahanan pasukan lawan dan hasilnya pemain gantian, Muhammad
Danial Ashraf Abdullah melengkapkan kemenangan Malaysia apabila meledak gol
kedua pada minit ke-86.
Pasukan negara yang turun
sebagai tuan rumah acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan,
akan berlepas ke Bangkok, Isnin ini dalam misi untuk layak ke pusingan akhir
kejohanan Piala AFC B-23 di China pada 2018.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4mnKcPZSr
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan