MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY 26
JULAI 2017
B Sathianathan
PENGENDALI skuad Bawah 22 Tahun
(B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mengetahui perkara yang perlu dilakukan bagi
menumpaskan Thailand sekiranya bertemu pasukan itu dalam saingan Sukan Sea
Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
Ketua Jurulatih Felda United, B
Sathianathan berkata, biarpun kalah 3-0 dalam saingan peringkat kumpulan kempen
Kelayakan Piala AFC B-23, ia menjadi medium terbaik menilai kelemahan dan
kekuatan skuad Gajah Perang itu.
“Bagi saya, Kim Swee tahu apa
yang perlu dibuat selepas melihat kekuatan yang ada pada Thailand tempoh hari
dan kita sebenarnya boleh menyaingi mereka.
“Lagipun kita masih ada sedikit
masa untuk cuba memperbaiki kelemahan pasukan sebelum Sukan Sea bermula,”
katanya.
Menurutnya, Kim Swee sudah
tentu mempunyai percaturan tersendiri apatah lagi cukup bertuah mempunyai
pemain yang memiliki semangat yang tinggi.
Katanya, apa yang penting
ketika ini adalah Kim Swee perlu bijak mengadun pemain berdasarkan corak
permainan yang sesuai bagi menghadapi temasya KL2017 itu.
“Jika perlu panggil pemain yang
terlepas ke Bangkok baru-baru ini pun saya rasa tiada salahnya. Mungkin
kehadiran mereka mampu menambah momentum pasukan.
“Tetapi saya tahu, pasukan B-22
negara ini mempunyai keupayaan dan mampu merangkul pingat emas pada Sukan Sea
nanti,” katanya.
Sumber- SINAR HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan