Kim Swee (dua kanan) berjabat dengan jurulatih
B-22 Myanmar Gerd Zeise (dua kiri) diperhatikan kapten Malaysia, Adib Zainuddin
(kanan) dan kapten Nanda Kyaw (kiri). FOTO HM/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
PENGENDALI Bawah 22 (B-22)
tahun negara Datuk Ong Kim Swee tetap mengharapkan kemenangan dalam aksi
persahabatan menentang Myanmar, malam esok.
Walaupun hanya berpeluang
berlatih satu sesi pada petang ini, Kim Swee mengambil sikap positif untuk
perlawanan persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 23 tahun di
Stadium Shah Alam itu.
"Tiada siapa yang inginkan
kekalahan. Walaupun sehari (latihan), begitu juga pemain (mahukan kemenangan).
"Saya berharap pemain
memberikan yang terbaik dan mengikut apa arahan pada perlawanan esok,"
jelasnya pada sidang media pra-perlawanan, hari ini.
Skuad Kim Swee akan terbang ke
Bangkok pada Isnin depan bagi aksi Kelayakan Piala Asia itu.
Mengenai jumlah pemain, Kim
Swee menjelaskan 19 pemain sudah melaporkan diri di Wisma FAM.
"Kami masih menanti baki
pemain dan kita lihatlah siapa yang melaporkan diri menjelang petang ini,"
jelasnya.
Kim Swee pada awalnya
menyenaraikan 26 pemain untuk aksi di Bangkok selain tujuh muka baru.
Beliau berdepan masalah
pelepasan beberapa pasukan yang enggan memberi kerjasama sepenuhnya dalam
melepaskan pemain.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 12 Julai 2017 @ 2:54 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan