Malaysia mesti kalahkan
Mongolia untuk buru tiket ke China
PEMAIN Malaysia, Muhammad Irfan
Zakaria (kanan) bersaing dengan pemain Thailand dalam aksi Kumpulan H,
Kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun di Stadium Supachalasai, Bangkok semalam.
www.asiana.my
22 Julai 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUALA LUMPUR 21 Julai - Selepas
cemerlang membenam Indonesia 3-0 dalam aksi pembukaan kelmarin, Malaysia gagal
meneruskan momentum apabila akur dengan corak permainan pantas yang dipamerkan
Thailand ketika tumbang 0-3 dalam aksi kedua Kumpulan H, Kelayakan Piala AFC
bawah 23 tahun di Bangkok, hari ini.
Skuad bawah 22 tahun negara
(B-22) bimbingan Datuk Ong Kim Swee seperti kehilangan idea untuk menembusi
benteng pasukan Gajah Perang di Stadium Nasional Supachalasai, biarpun tampak
cukup meyakinan ketika memulakan kempen kejohanan.
Sebaik sahaja sepak mula dilakukan,
Thailand lebih banyak mengasak kubu skuad muda negara yang diketuai Muhammad
Adib Zainudin, yang cemas sepanjang permainan.
Gawang Malaysia bocor pada
minit ke-24 menerusi penyerang dan ketua pasukan tuan rumah, Chenrop Samphaodi
yang memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti.
Advertisement
Powered By YuMe
Pintu gol skuad B-22 yang
dikawal oleh Amierul Hakimi Awang itu sekali lagi dibolosi oleh Samphaodi pada
masa kecederaan babak pertama apabila dia bijak memanfaatkan peluang daripada
situasi kelam kabut setelah pertahanan negara gagal mengeluarkan bola dengan
sempurna daripada kawasan bahaya.
Bersambung babak kedua,
Malaysia kembali untuk mengatur rentak permainan, namun masih gagal menangani
corak pantas Thailand yang turut mendominasi penguasaan bola.
Ketika perlawanan seakan bakal
berakhir dengan keputusan 2-0, kelekaan barisan pertahanan negara sekali lagi
dihukum menerusi ledakan gol ketiga daripada pemain tengah Thailand, Phicha
Au-Tra.
Phicha bijak melepasi
perangkap ofsaid sebelum mudah menewaskan Amierul untuk kali ketiga dalam
situasi satu lawan satu.
Kemenangan itu menyaksikan
Thailand merampas kedudukan pendahulu kumpulan daripada Malaysia dengan
mengumpul empat mata selepas seri 1-1 dengan Mongolia dalam aksi pertama.
Indonesia yang berpesta gol 7-0
ke atas Mongolia dalam perlawanan sebelah petang naik ke tangga kedua.
Skuad negara pula berada
ditempat ketiga selepas tamat dua perlawanan.
Dua pasukan teratas peringkat
kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala AFC B-23 di China,
tahun depan.
Sekiranya Malaysia mahu layak
ke pusingan akhir, mereka perlu meraih kemenangan ke atas Mongolia, Ahad ini
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-terkulai-di-bangkok-1.505910#ixzz4nVoQzR9B
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan