Rabu, 30 November 2016

Faiz terus dahului undian awal Anugerah Puskas

ISNIN, 28 NOVEMBER 2016 @ 8:25 PM 
 
Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika menentang Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. - Foto Danial Saad KUALA LUMPUR: 

Mohd Faiz Subri tampak berada di posisi pertama untuk layak ke pusingan penentuan tiga jaringan terbaik bagi Anugerah Puskas menerusi proses pengundian yang akan berakhir pada 2 Disember ini. Walaupun jumlah undian untuk anugerah itu tidak didedahkan, video rasmi pencalonan bagi Mohd Faiz sudah mencecah 1.22 juta dan ia jauh mendahului sembilan lagi calon lain termasuk bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar.

 Sehingga jam 6 petang tadi, video jaringan 'menakjubkan' Mohd Faiz ditonton 1,225,706 pelayar internet sejak dimuat naik enam hari lalu. Jaringan pemain Brazil, Marlone di tempat kedua dengan ditonton 855,407 pelayar manakala Messi (845,503) dan Neymar (826,353)


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217744

Pemain import punca 
Harimau Malaysia merosot?

DISEMBER 2016
SAUDARA PENGARANG,  |  01 Disember 2016 12:31 AM
Skuad harimau Malaysia kecewa setelah tewas kepada pasukan tuan
Skuad harimau Malaysia kecewa setelah tewas kepada pasukan tuan rumah Myanmar 0-1 sekali gus meranapkan impian untuk mara ke peringkat separuh akhir pada aksi kumpulan B antara Malaysia melawan Myanmar sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, baru-baru ini. BERNAMA
SEJARAH membuktikan tanpa pemain import, skuad Harimau Malaysia pernah meraih tiga kejuaraan pada Sukan SEA 2009, Piala AFF 2010 dan Sukan SEA 2011! Kejayaan diraih setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengharamkan pemain import dalam Liga M pada tahun-tahun berkenaan.
Namun, sejak ‘pengharaman’ itu dimansuhkan pada 2012, prestasi pemain tempatan skuad Harimau Malaysia kembali merosot manakala pemain import kembali menguasai Liga M sejak empat tahun lalu.
Merujuk kekalahan skuad Harimau Malaysia kepada pasukan Myanmar baru-baru ini, kita jangan cepat melatah mendesak jurulatih Datuk Ong Kim Swee meletak jawatan. Kesalahan itu tidak sepatutnya dipikul Kim Swee seorang diri. Dalam hal ini, kita harus mempertikaikan juga sikap pemain tempatan yang mewakili skuad Harimau Malaysia.
Dari pengamatan, kualiti pemain tempatan terjejas setiap kali ada kemasukan pemain import. Aksi pemain tempatan dilihat tidak menyerlah disebabkan mereka tahu tugas digalas akan dibantu pemain import, sekali gus menjadikan tugas mereka mudah.
Sebagai rekod, semua jurulatih kebangsaan terdiri daripada pakar dalam bola sepak, dan bukan salah mereka jika mendapat pemain yang tidak berkualiti! Umum perlu tahu, jurulatih berdepan kekangan masa untuk melatih pemain kerana berdepan dengan birokrasi pasukan-pasukan negeri dan kelab diwakili pemain.
Malah, mereka boleh mengumpulkan pemain dalam masa satu hingga dua minggu untuk latihan taktikal sahaja tanpa boleh melatih skil-skil lain.
Saya harap FAM dapat mengkaji semula kebanjiran pemain import sehingga empat orang dalam setiap pasukan. Jika kemasukan pemain import diharapkan dapat memberi saingan kepada pemain tempatan, saya rasa usaha itu gagal.
Kepada jurulatih pula, saranan kepada mereka agar tidak ‘menganaktirikan’ pemain tempatan apabila dilihat cenderung memberi tugas penting kepada pemain import sehingga menyebabkan skuad Harimau Malaysia ketandusan playmaker dan penjaring berkualiti!.
PEMINAT SUKAN,
Ampang, Kuala Lumpur

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/pemain-import-punca-8232-harimau-malaysia-merosot-1.414407#sthash.zwDzyKBz.dpuf

Olimpik 2000 diuji di kejohanan 4 penjuru

ARKIB : 13/04/1999
SEJAUH mana persediaan skuad Olimpik 2000 menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Sydney, Jun depan bakal terjawab pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 hingga 30 April ini, lapor NORZIE MOHD. KHASBI.

Gergasi Asia Tenggara, Thailand antara pasukan yang bakal menguji skuad negara di kejohanan lima hari itu selain Indonesia dan Filipina.

Skuad negara dituntut untuk mempamer aksi terbaik kerana keputusan kejohanan bakal menjadi pembayang kemampuan sebenarnya mereka pada masa ini.

''Sasaran kami skuad Olimpik 2000 akan memenangi kesemua perlawanan mereka,'' kata pengerusi jawatankuasa penganjur, Datuk Abu Bakar Daud di Wisma FAM, semalam.

''Mereka perlu bangkit dan memanfaatkan kejohanan ini kerana ia penting sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik,'' katanya lagi.

Menurut Abu Bakar, semua pasukan mengesahkan untuk menghantar skuad Olimpik terbaik kerana kejohanan ini dianggap persiapan terakhir mereka.

Malaysia diletak dalam Kumpulan Enam pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik Sydney 2000 bersama-sama Jepun, Hong Kong, Filipina dan Nepal.

Pusingan pertama kelayakan akan diadakan di Hong Kong pada 12 hingga 20 Jun, manakala peringkat kedua berlangsung di Jepun dari 26 Jun hingga 4 Julai.

Sementara itu dalam majlis berasingan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata Malaysia perlu sekurang-kurangnya berada dalam kedudukan dua terbaik pada Kejohanan Empat Penjuru.

''Jika masuk perlawanan akhir, ia permulaan yang cukup baik bagi skuad Olimpik 2000. Ini adalah kejohanan yang penting untuk melihat kemampuan kita walaupun saingan yang bakal kita hadapi di pusingan kelayakan lebih hebat terutama dari Jepun,'' katanya, yang juga pengurus skuad Olimpik 2000.

Selepas Kejohanan Empat Penjuru, pasukan Olimpik 2000 akan menyertai Jelajah China dari 12 hingga 19 Mei dan Jelajah Asia Barat yang tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Tiket Kejohanan Empat Penjuru berharga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk pelajar sekolah boleh didapati di stadium pada hari pertandingan atau melalui tempahan di pejabat FAM di Kelana Jaya.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4RUBO5ulr © Utusan Melayu (M) Bhd

Sasaran bola sepak di Brunei raih perak


 

ARKIB : 13/04/1999
TENGKU Abdullah (kiri) menyerahkan replika cek kepada Titus James yang bakal berlatih bersama kelab bola sepak Perancis, Le Havre sambil diperhatikan Yap Nyim Keong dan kedua ibu bapa pemain itu di Kuala Lumpur, semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran layak ke perlawanan akhir dan sekurang-kurangnya meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA XX di Brunei, Ogos ini.

Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sasaran itu dikira bertepatan dengan kehendak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang sebelum ini meminta FAM memaklumkan sasaran mereka sebelum menyenaraikan acara bola sepak ke temasya dwitahunan itu.

''Saya rasa bola sepak kita masih punya harapan dan saya rasa kita perlu hantar pasukan kebangsaan kita di Brunei bukan sahaja dengan sasaran itu tetapi untuk mendapatkan pendedahan.

''Kita tentu mempunyai sasaran untuk menang jika kita menyertai sesuatu kejohanan... saya rasa sasaran itu mampu memuaskan hati MOM,'' katanya selepas majlis penyerahan cek tajaan FAM kepada pemain remaja negara, Titus James yang akan ke Perancis di pejabat beliau di Kuala Lumpur, semalam.

Tengku Abdullah berkata demikian sebagai reaksi balas FAM yang diminta MOM sebelum ini mengenai sasaran FAM sebelum acara bola sepak disenaraikan ke Brunei.

Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar sebelum ini berkata, MOM mahu tahu sasaran FAM bagi memudahkan badan induk sukan negara itu menyenaraikan acara bola sepak.

Tengku Abdullah berkata, bola sepak di negara ini terutama bagi pasukan kebangsaan yang baru dibentuk di bawah kendalian jurulatih Abdul Rahman Ibrahim, perlukan pendedahan sebelum menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia, tahun depan.

Penyertaan skuad negara ke Brunei katanya, adalah sebagai usaha memberi pendedahan kepada skuad itu.

''Jika kita tidak hantar pasukan ke temasya itu, saya kira ia satu kerugian kerana dari situlah kita boleh dapatkan pengalaman untuk kembali membentuk pasukan yang baik.

''Penyertaan kita juga dapat meningkatkan lagi persahabatan dengan negara-negara ASEAN lain,'' ujarnya. Menurut Tengku Abdullah, banyak negara lain dalam rantau ASEAN yang belum maju bola sepaknya tetapi masih menghantar pasukan ke temasya itu.

''Kita juga harus menghantar pasukan... bukan sahaja bola sepak tetapi sukan-sukan lain yang belum maju di negara kita,'' katanya.

Terdahulu, FAM semalam menyerahkan cek berjumlah RM10,000 kepada Titus sebagai bantuan perbelanjaan pemain itu menimba ilmu bola sepak bersama kelab Divisyen Satu Perancis, Le Havre selama sebulan.

Titus, pelajar sekolah La Salle Brickfields di Kuala Lumpur berumur 13 tahun, merupakan seorang daripada empat pemain remaja Malaysia yang dipilih bermain dalam perlawanan pembuka tirai membabitkan pemain remaja dari seluruh dunia pada Piala Dunia 1998 di Perancis, Jun tahun lalu.

Titus adalah seorang daripada berpuluh-puluh pemain remaja dari seluruh dunia yang dipilih oleh ejen mengesan bakat pemain muda dari Perancis untuk menyertai akademi bola sepak kelab Le Havre yang mana kelab itu akan memilih 20 pemain terbaik untuk latihan selanjutnya.

Jika pemain itu terpilih, dia berpeluang untuk beraksi bersama kelab-kelab lebih gagah di Perancis seperti Monaco, Olympique Marseille dan Bordeaux.

Titus, yang pernah bermain untuk Kuala Lumpur dalam kejohanan bawah 12 tahun kebangsaan, akan ditemani bapanya, James Palani selama sebulan di Perancis dengan perbelanjaan ditanggung oleh FAM. Pemain itu akan berlepas ke Perancis, hari ini

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4RUANn1hM © Utusan Melayu (M) Bhd

Persahabatan Malaysia, NZ

ARKIB : 12/04/1999
SELAIN perlawanan persahabatan menentang Arsenal di Kuala Lumpur bulan depan, skuad bola sepak negara bakal menentang pasukan kebangsaan New Zealand Julai ini _ satu lagi siri pemanas badan skuad negara di peringkat antarabangsa sebelum Sukan SEA XX Brunei, sebulan kemudian.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengatur dua perlawanan persahabatan dengan skuad Kiwi itu yang dijadual berlangsung pada 1 dan 3 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Penolong Setiausaha Agung FAM, Yap Nyim Keong memberitahu, perlawanan itu adalah sebagai lanjutan pendedahan skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.

''New Zealand juga telah mengesahkan kehadiran mereka untuk menentang skuad negara kerana mereka juga dalam persiapan menyertai Piala Konfederasi di Mexico.

''Kita harap kehadiran mereka dapat memberikan pengalaman berguna buat skuad negara sebelum ke Brunei,'' katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Yap memberitahu, pasukan bimbingan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim kemudian akan mengadakan lawatan ke Uzbekistan untuk perlawanan-perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab di negara itu.

''Mereka dijangka ke Uzbekistan sebaik semua perlawanan Liga Perdana selesai,'' katanya.

Perlawanan Liga Perdana dijangka berakhir pada 26 Jun dan pasukan negara akan berlepas ke Uzbekistan selepas itu.

Dalam pada itu Yap memberitahu, pasukan Olimpik 2000 yang bakal mengharungi pusingan kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Sydney di Hong Kong dan Jepun pada Jun ini, akan menyertai Kejohanan Empat Negara, akhir bulan ini.

Selain Malaysia, tiga lagi negara - pasukan Olimpik Indonesia, Vietnam dan Thailand mengesahkan penyertaan pada kejohanan 26-30 April itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

''Jadual perlawanan akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Penganjur, Isnin ini,'' kata Yap.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4RTjqT3K5 © Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 29 November 2016

Kim Swee perlu berundur

Jurulatih itu lebih sesuai menyandang jawatan selaku pegawai teknikal
SUFIAN HADI SOJAK  |  29 November 2016 12:16 AM

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menyarankan pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berundur daripada jawatannya setelah gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam kempen Piala AFF, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Raja Ahmad berkata, kepakaran Kim Swee pada hematnya lebih sesuai untuk diletakkan selaku pegawai teknikal Harimau Malaysia selepas ini.
Menurut beliau, jika pengunduran itu berlaku, FAM perlu berusaha mencari pengganti Kim Swee bagi membentuk sebuah skuad berwajah baharu untuk menghadapi kelayakan pusingan akhir Piala Asia 2019 pada Mac tahun depan.
“Semua telah terjadi, apa pun Kim Swee harus bertanggung jawab dalam hal ini. Bagi saya, FAM seharusnya mencari jurulatih baharu yang lebih berkualiti dan berpengalaman. Tak kisah pengendali itu dari mana (dalam atau pun luar negara).
“Kalau kita nak berjaya, kita perlu ambil risiko melabur dengan lebih besar. Kita masih ada masa untuk membina skuad baharu menerusi jurulatih baharu bagi menghadapi saingan seterusnya,” katanya ketika dihubu­ngi di sini, hari ini.
Selain perlu layak ke babak akhir Piala AFF Suzuki, FAM turut menetapkan dua lagi KPI buat Kim Swee termasuk mara ke kelayakan pusingan akhir Piala Asia 2019 dan meletakkan Malaysia ke ranking 140 dunia.
KPI Kim Swee membawa Harimau Malaysia ke final Piala AFF terhenti di Yangon selepas skuad kebangsaan tewas 0-1 kepada tuan rumah Myanmar pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Sabtu lalu.
Sementara itu, Raja Ahmad turut menyarankan agar Harimau Malaysia lebih berani mengambil risiko dengan menyenaraikan pemain muda berbakat menerusi kerjasama daripada setiap pasukan di negara ini.
“Saya cadangkan agar setiap pasukan di negara kita menyenaraikan pemain hebat mereka dan seterusnya menjalani sesi pemilihan skuad kebangsaan. Saya yakin kita ada ramai lagi pemain muda berkualiti.
“Biar jurulatih baharu itu memilih sendiri pemainnya dan terserah kepada dia untuk menerapkan gaya permainan yang paling sesuai buat Malaysia,” katanya
Dalam pada itu, Raja Ahmad turut mencabar Harimau Malaysia berdepan dengan pasukan yang lebih tinggi kedudukan ranking dunia dalam usaha menimba pengalaman, selain mampu mempelajari sesuatu daripada perlawanan tersebut.
“Kita tak payah lawan pasukan yang rendah rankingnya sebab kita tidak akan dapat manfaat besar. Lagi pun, naik turun kedudukan ranking itu perkara biasa,” tegasnya.

sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-perlu-berundur-1.413558#sthash.vSm0Bxcw.dpuf

Pembangunan akar umbi tidak betul'

 
BAKRI IBNI

Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Bakri Ibni menegaskan kegagalan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF sebagai bukti jelas kegagalan pembangunan bola sepak tanah air.

Bakri, bekas pemain skuad Olimpik 1980 berkata, kepincangan itu bukan perkara baharu namun harapan yang tinggi masih diletakkan di bahu skuad Harimau Malaysia.


“Lupakan saja pasukan kebangsaan, lupakan saja pasukan peringkat umur yang lain jika kita tidak mahu membuat perubahan kepada sistem pembangunan kita. Jika pembangunan bola sepak yang kita jalankan sekarang, dengan mewujudkan pelbagai program termasuk sekolah sukan masih belum dapat melahirkan pemain bintang, itu bermaksud pembangunan kita itu dijalankan secara tidak betul.

“Kenapa gagal? Anda jangan tanya Datuk, Tan Sri kerana mereka tidak tahu, tanya bekas pemain yang masih aktif membangunkan pemain di peringkat bawahan.

“Jika pasukan muda kita tidak boleh ‘pukul’ Vietnam, Thailand, Myanmar, macam mana kita nak ada pemain bagus untuk senior selepas itu,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Arena bola sepak tanah air sekali lagi menerima tamparan hebat dengan pencapaian buruk Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF apabila tumpas 0-1 di tangan tuan rumah Myanmar dalam saingan Kumpulan B di Yangon Sabtu lalu.

Menurut Bakri, 64, yang menjaringkan salah satu gol menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi penentuan kelayakan ke Olimpik Moscow, masalah di peringkat bawahan perlu ditangani.

“Kita tiada pilihan, skuad kebangsaan perlu meneruskan sasaran yang ada tapi masalah pembangunan kita perlu diatasi dengan baik. Saya pernah melihat jurulatih di sekolah sukan menaiki motosikal dan menyuruh anak buahnya berlari di jalan raya, nak buat apa?

“Umur 13-14 tahun pemain perlu lebih banyak bermain dengan bola. Tapi saya tidak menyalahkan jurulatih kerana mereka perlu dibekalkan dengan ilmu yang lengkap,” katanya yang pernah melatih skuad Perlis.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 8:58 AM

Menangani masalah bola sepak negara

ARKIB : 30/03/1999
DULU pasukan bola sepak Malaysia dianggap sebagai 'gergasi' di benua Asia. Sekarang ia tidak lagi diberi kedudukan yang sama, malah taraf skuad itu semakin menurun dari tahun ke tahun.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh badan dunia - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) _ Malaysia sekarang berada di tangga ke-113.

Malah, di Asia Tenggara juga kedudukan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia begitu mengecewakan. Lima anak tangga di atas Malaysia ialah Vietnam, sebuah pasukan yang baru beberapa tahun lalu memulakan proses memajukan bola sepak negara itu.

Negara jiran, Thailand masih lagi merupakan pasukan terbaik dari Asia Tenggara, di tangga ke-68 dengan jumlah 454 mata manakala Singapura walaupun tidak konsisten di arena bola sepak antarabangsa menduduki tangga ke-95.

Jepun, Korea Selatan dan Ukraine kekal sebagai pasukan terbaik Asia apabila ketiga-tiga pasukan itu berkongsi tempat ke-36.

Keadaan ini amat mencemaskan. Seharusnya mutu bola sepak negara meningkat kerana Liga Profesional yang merupakan antara yang terbaik di Asia, dari segi penganjurannya.

Malah, kekalahan demi kekalahan yang dialami di peringkat antarabangsa amat memalukan peminat bola sepak negara yang kini seolah-olah menunjukkan kemarahan dengan tidak menonton pertandingan domestik.

Perangkaan menunjukkan bahawa jumlah penonton di setiap stadium amat berkurangan musim ini.

Pihak kerajaan juga menyatakan kebimbangan dengan kemerosotan ini dan atas sebab itu Kementerian Belia dan Sukan mencadangkan supaya pakar-pakar bola sepak dari England dan Jerman dibawa bagi mengesan dan mencari punca kemerosotan ini.

Tindakan pihak Kementerian Belia dan Sukan ini adalah bertujuan membantu badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperbaiki keadaan dan memulihkan imej sukan itu.

Selain mendapat pandangan pakar, ada baiknya juga KBS dan FAM 'mendengar' syor dan pandangan bekas-bekas pemain bola sepak, terutama yang pernah mencipta nama sebagai pemain bertaraf antarabngsa.

Sering pandangan bekas pemain dan pemerhati diminta bila berlaku sesuatu keadaan seperti ini tetapi jarang syor kumpulan ini dilaksanakan.

Ini mungkin disebabkan mereka yang mentadbir menganggap hanya pandangan mereka yang tepat.

Dalam kata-kata lain, perubahan sikap semua yang terbabit adalah penting bagi seminar ini mencapai matlamat sebenarnya. Jika tidak, ia akan menjadi satu episod yang sia-sia dan merugikan.

Pucuk pimpinan FAM, selaku badan induk bola sepak negara, perlu juga bersikap terbuka dan bersedia melaksanakan sebarang cadangan yang boleh menangani masalah kemerosotan mutu bola sepak negara ini.

Pada tahun-tahun akan datang kebanyakan negara Asia dijangka akan melipatgandakan usaha meningkatkan mutu bola sepak masing-masing.

Jika tidak serius atau hati-hati keadaan akan bertambah buruk. Atas sebab itu, sebarang usaha yang dijalankan sekarang bagi memulih keadaan, perlu sokongan oleh semua pihak, khususnya FAM. - Oleh JOE MARCOSE

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4RP25VbLN © Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 28 November 2016

Harap Kim Swee kekal

 Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: “Saya harap beliau dikekalkan,” itu pandangan pemain kebangsaan S Veenod mengenai masa depan jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee selepas Malaysia terkandas pada peringkat kumpulan Piala AFF.

Menurut pemain dari Pulau Pinang itu, dia berharap Kim Swee kekal dan tidak digantikan dengan jurulatih baharu walaupun Malaysia gagal mengulangi pencapaian edisi terdahulu apabila mara ke perlawanan akhir.


“Saya rasa pemain yang ada dalam pasukan kebangsaan sudah sesuai dengan corak latihannya, kalau ambil jurulatih baru mungkin ia akan mengambil sedikit masa,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, salah satu sebab mengapa Kim Swee harus dikekalkan ialah kerana statusnya sebagai jurulatih tempatan dan senang buat pemain untuk memberi kerjasama.

“Semua pemain sudah memberikan persembahan paling baik tapi nasib tidak menyebelahi kami. Mungkin ramai di luar sana yang tidak faham. Kami bawa nama Malaysia, apa yang jurulatih berikan kami ambil untuk buat yang terbaik,” ujar pemain Selangor itu.

Veenod menyatakan memang mereka kecewa tidak berjaya membantu Malaysia melepasi peringkat kumpulan Piala AFF tetapi mereka sudah memberikan yang terbaik serta tidak mempunyai sebarang masalah dengan jurulatih.

Malaysia gagal ke separuh akhir Piala AFF di Yangon, Myanmar apabila tumpas 0-1 kepada tuan rumah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 9:01 AM


Ahad, 27 November 2016

Era Kim Swee cukup mencabar

 
 KIM SWEE (depan, kanan) berhadapan tugas sukar untuk membentuk skuad kebangsaan kerana kekangan menghimpunkan pemain terbaik daripada pihak tertentu.

YANGON, Myanmar – Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak memecat Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih Harimau Malaysia.

Sejak Kim Swee mengambil alih tugas bekas jurulatih, Dollah Salleh dan dilantik sebagai pengendali tetap pada Januari lalu, beliau dilihat sering berdepan de­ngan beberapa kekangan ketika mengemudi pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Bermula dengan kritikan terhadap corak latihan yang dipraktikkannya, Kim Swee juga gagal membentuk skuad yang mantap sebaik empat pemain kelab Johor Darul Takzim (Johor DT), Safiq Rahim, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan daripada skuad Harimau Malaysia pada Julai lalu.

Kehilangan empat lagi tonggak utama skuad negara iaitu Izham Tarmizi Roslan, Fazly Mazlan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan S. Chanturu yang tidak dapat menyertai skuad kebangsaan disebabkan alasan tertentu me­nyaksikan Kim Swee hanya memiliki tiga pemain utama daripada skuad sebelum ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Hazwan Bakri dan Matthew Davies bagi menggalas cabaran pada kepen Piala AFF Suzuki 2016.

Ekoran kekurangan tersebut, pengendali kelahiran Melaka itu tidak meme­nuhi salah satu daripada tiga Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) iaitu gagal layak ke pentas final Piala AFF Suzuki 2016 sebaik tewas 0-1 kepada Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Thuwunna kelmarin.

Bukan mahu menidakkan kemampuan pemain-pemain yang berada di dalam skuad Piala AFF Suzuki kali ini tetapi Kim Swee sebenarnya masih dilihat memiliki beberapa pilihan pemain yang berkualiti tetapi atas beberapa kekangan tertentu, beliau hanya dapat menyenaraikan pemain yang sedia ada sahaja.

Justeru, Kim Swee tidak mampu me­lakukan sesuatu yang lebih baik dengan sekadar memiliki tiga pemain utama daripada skuad terdahulu jika diban­dingkan dengan kesebelasan utama yang dimilikinya ketika menewaskan Timor Leste 3-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2018 pada Jun lalu.

Malah, beberapa pihak turut dilihat tidak menyenangi Kim Swee sejak me­ngendalikan skuad kebangsaan dan di terus menerus diasak oleh pihak-pihak tertentu sehingga dia gagal menghimpunkan pemain terbaik dalam saingan liga tempatan.

Ketiadaan beberapa pemain terbaik bukan mahu dijadikan sebagai alasan tetapi berdasarkan situasi semasa, mana-mana pihak mengakui bahawa senario Kim Swee tidak sama jika dibandingkan ketika di bawah kendalian bekas jurulatih antaranya seperti Datuk K. Rajagobal atau Dollah yang mampu memiliki pemain terbaik ketika itu tanpa ada sekatan daripada mana-mana pihak.

Era Kim Swee ternyata cukup mencabar kerana ada pasukan tidak mahu melepaskan pemain mereka untuk menabur bakti dengan skuad kebangsaan.

Senario inilah yang telah membantutkan usaha Kim Swee untuk membentuk sebuah pasukan yang hebat dan berdaya saing, namun beliau tetap mampu melakukan yang terbaik dengan barisan pemain yang ada.

Pepatah ‘Too many cooks spoil the soup’ amat tepat untuk menggambarkan se­nario yang berlaku di dalam bola sepak Malaysia ketika ini dan Kim Swee boleh dianggap jurulatih yang kurang bernasib baik kerana berdepan dengan situa­si yang menyukarkannya untuk menghimpunkan pemain terbaik.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4RHmWsCAn Hakcipta terpelihara

Harimau Malaysia tersungkur

SABTU, 26 NOVEMBER 2016 @ 9:54 PM
Daripada Mohamad Zulfaizan Mansor di YangondanMyanmar zulfaizan@bh.com.my
 
PEMAIN Harimau Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (dua dari kiri) mengasak penjaga gol Myanmar, Kyaw Zin Phyo pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, sebentar tadi. Malaysia tewas 0-1. - Foto Osman Adnan **217197 

YANGON: Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2016 selepas tersingkir daripada kejohanan itu sebentar tadi. Kekalahan 0-1 kepada Myanmar di Stadium Thuwunna menyaksikan Harimau Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan dan hanya menang sekali dari tiga perlawanan.

       Tiga KPI yang ditetap kepada Kim Swee pada awal pelantikannya Januari lalu termasuk layak ke final Piala AFF Suzuki, meletakkan Harimau Malaysia di ranking 140 dunia dan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019. Keputusan itu juga menyaksikan Myanmar menamatkan badi 12 tahun gagal ke separuh akhir kejohanan peringkat Asia Tenggara itu selepas kali terakhir mereka layak pada tahun 2004. 

Harimau Malaysia hampir berada di depan seawal minit keenam menerusi rembatan Ahmad Hazwan Bakri yang sekadar menggegar tiang gol Myanmar. Empat minit kemudian, giliran Myanmar pula menguji kubu Harimau Malaysia dengan sepakan percuma menarik daripada Aung Thu, namun ditepis keluar penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Khairul Fahmi atau Apek sekali lagi menjadi penyelamat Harimau Malaysia selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Thu pada minit ke-11.

 Biarpun Myanmar dilihat lebih mengasak, Harimau Malaysia turut mendapat peluang untuk meledak jaringan penting pada minit ke-18, namun rembatan Ahmad Fakri Saarani diselamatkan penjaga gol, Kyaw Zin Phyo. 

      Nasib terus tidak memihak pemain tengah Myanmar itu apabila palang gol pula menjadi penghalang kepada sepakan percumanya pada minit ke-43. Biarpun permainan terus rancak di babak kedua, namun tiada percubaan berbahaya berjaya dilakukan kedua-dua pasukan melainkan rembatan Baddrol Bakhtiar yang tinggi melepasi palang pada minit ke-68. 

      Ketika perlawanan dilihat bakal berkesudahan seri, David Htan muncul wira Myanmar apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-89 untuk mengesahkan tempat buat pasukannya di separuh akhir

SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217197

Tiba masa guna pemain muda?

FADHILUL IZMEL ISHAK MELAPORKAN DARI YANGON  |  28 November 2016 12:05 AM
ONG KIM SWEE (kiri) dan Hamidin Mohd. Amin meninggalkan hotel penginapan mereka di Yangon untuk kembali ke Malaysia semalam selepas kempen Harimau Malaysia dalam kejohanan Piala AFF berakhir di peringkat kumpulan. UTUSAN
YANGON 27 Nov. - Sudah menjadi adat pertan­dingan ada menang dan kalah. Malangnya Harimau Malaysia yang menjadi pihak yang merana selepas mereka tersingkir di pe­ringkat kumpulan Piala AFF 2016.
Mungkin dengan penyingkiran tersebut merupakan isyarat kepada Datuk Ong Kim Swee agar merencana strategi beliau untuk menghadapi cabaran 2017 dengan mengambil pemain yang lebih muda seperti yang dilakukan oleh Myanmar dan Kemboja.
Berdasarkan corak permainan yang dipersembahkan oleh pemain skuad negara sepanjang tiga perlawanan dalam Kumpulan B membuktikan Harimau Malaysia masih belum berada di tahap terbaik, lebih tepat lagi mengecewakan.
Banyak kerja rumah yang perlu dilakukan oleh Kim Swee dan me­nyentuh mengenai hala tuju Harimau Malaysia selepas ini sepatutnya semua pihak berganding bahu untuk membantu atau meringankan beban beliau dan bukannya me­nimbulkan lebih banyak masalah.
Ramai beranggapan Kim Swee wajar melepaskan jawatannya sebagai jurulatih Harimau Malaysia namun itu bukan jalan terbaik tambahan pula beliau masih mempunyai dua lagi Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang masih belum terlaksana. Jika pecat Kim Swee dan mengambil jurulatih terbaik di dunia sekali pun belum tentu mampu memberi kegemilangan kepada bola sepak negara jika pemain yang kita ada tidak cukup berkualiti.
Sebagai penyokong bola sepak tempatan kita seharusnya bersedia untuk membenarkan Kim Swee memasukkan pemain muda dan pada masa sama tidak mele­takkan harapan terlalu tinggi.
Jika peminat bola sepak mahu Kim Swee mengambil pemain muda dan pada masa sama mele­takkan sasaran yang tinggi bagaimana beliau mahu melaksanakannya. Membina pasukan bola sepak memerlukan masa yang lama untuk dibentuk dengan baik.
Bagaimanapun, persembahan yang dipamerkan oleh Harimau Malaysia terutamanya ketika tumpas 1-0 kepada Myanmar semalam amat mengecewakan malah menampakkan banyak kelemahan dalam kalangan pemain.
Posisi tengah seakan-akan lumpuh malah gagal memberikan bola kepada jentera serangan serta membantu rakan mereka di bahagian pertahanan. Apabila bahagian tengah gagal berfungsi dengan baik maka secara keseluruhan pasukan tidak mampu bergerak dengan lancar. Pertahanan kiri juga rapuh dan tidak mampu mengawal asakan serangan lawan dengan baik.
Harimau Malaysia tidak ada pemain yang pantas dan memiliki keyakinan untuk menggelecek bagi mengucar-kacirkan pasukan lawan malah mereka juga kerap kehilangan bola. Teknik han­taran kepada rakan sepasukan juga amat lemah.
Mengulas mengenai persembahan skuad negara dalam kempen kali ini pengurus pasukan Datuk Hamidin Mohd. Amin jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan.
“Saya kecewa dan tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Kita kena terima kita tidak cukup bagus dan sudah pasti kita kecewa,” katanya kepada pemberita di hotel penginapan skuad negara hari ini.
Bercakap mengenai kedudukan Kim Swee, Hamidin berkata perbincangan teliti bersama Exco FAM perlu dilakukan sama ada mahu mengekalkan khidmat pengendali dari Melaka itu atau sebaliknya.
“Bagi saya mudah. Beliau masih ada kontrak hingga hujung tahun depan dan mempunyai tiga KPI iaitu meletakkan skuad kebangsaan dalam lingkungan 140 dunia kemudian layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 dan layak ke final Piala AFF 2016 (gagal),” katanya lagi.
Sementara itu, Kim Swee menegaskan beliau tidak akan mengundurkan dirinya sebagai jurulatih Harimau Malaysia tetapi menye­rahkan kariernya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Tidak. Kenapa perlu saya menarik diri. Saya tidak pernah terfikir pun untuk melakukannya. Saya masih ada kontrak hingga hujung 2017. Apa-apa pun terpulang kepada pengurusan untuk menentukannya. Menarik diri, saya tidak fikir untuk melakukannya melainkan pihak pengurusan mahu saya lakukan sesuatu.
“Dengan segala halangan yang saya hadapi, peminat masih mahukan keputusan positif. Kalau anda mahu saya guna pemain muda adakah peminat bersedia untuk menerimanya atau menunggu keputusan positif?” katanya.

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiba-masa-guna-pemain-muda-1.413142#sthash.ehPR0RIz.dpuf

Amri minta maaf 
kepada peminat

FADHILUL IZMEL ISHAK MELAPORKAN DARI YANGON  |  28 November 2016 12:04
 Amri YAHYAH bercakap kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa
AMRI YAHYAH bercakap kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekembalinya dari Yangon semalam.
YANGON 27 Nov. – Ketua pasukan Mohd. Amri Yahyah meminta maaf kepada peminat Harimau Malaysia dan meluahkan rasa kecewanya dengan kegagalan mereka mara ke separuh akhir kejohanan Piala AFF tetapi me­negaskan kegagalan itu tidak akan memaksanya untuk bersara.
Ini kali pertama Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dalam kejohanan dwitahunan tersebut selepas kalah kepada Myan­mar 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B yang berlangsung di sini.
Prestasi Harimau Malaysia dalam kejohanan kali ini nampak goyah sejak perlawanan pertama menentang Kemboja yang menyaksikan Malaysia ketinggalan sebelum akhirnya menang tipis 3-2. Malaysia kemudian tewas 1-0 kepada Vietnam dalam perlawanan kedua.
“Saya mewakili semua pemain mengucapkan terima kasih ba­nyak-banyak kepada peminat yang sudi hadir untuk menyaksikan perlawanan kami sepanjang kejohanan ini berlangsung.
“Jujurnya kami terharu dengan sokongan yang diberikan kerana jarang melihat penyokong hadir ke tempat seperti ini dengan jumlah yang ramai semata-mata mahu menyaksikan persembahan Harimau Malaysia.
“Saya juga mewakili semua pemain ingin memohon maaf kepada penyokong dengan apa yang berlaku sepanjang kejohanan ini berlangsung. Saya berharap peminat dapat mengharunginya dengan hati yang tabah. Kami akan perbaiki lagi corak permainan pada masa depan,” katanya kepada pemberita di hotel penginapan skuad negara.
Amri berkata walaupun kecewa dengan kegagalan mereka tetapi menegaskan keseluruhan anggota pasukan telah berusaha bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik dalam semua perlawanan yang mereka harungi di sini.
“Saya terharu dengan komitmen semua rakan sepasukan. Mereka tetap tabah dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi,” katanya.
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), yang diuar-uarkan akan kembali menyarung jersi pasukan negerinya Selangor dalam kempen Liga Malaysia tahun depan, merupakan pemain paling tua dalam pasukan pada usia 35 tahun namun kegagalan di Yangon tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyarung jersi negara selagi khidmatnya diperlukan. – UTUSAN
SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/amri-minta-maaf-8232-kepada-peminat-1.413124#sthash.wrp7n9SL.dpuf


KAPS PEMAIN MALAYSIA SELEPAS MENENTANG MYANMAR 23.11.2016

KAPS PEMAIN MALAYSIA SELEPAS MENENTANG MYANMAR  23.11.2016
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
BIL
NAMA
UMUR
KAPS
GOL
1
SAFEE SALI
32
73
23
2
MOHD AMRI YAHYAH
35
65
15
3
NORSAHRUL IDLAN
30
57
6
4
MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS
25
52
0
5
BADDROL BAKHTIAR
28
49
6
6
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
27
44
0
7
MOHAMAD ZAQUAN ADHA
29
31
4
8
AHMAD FAKRI SAARANI
27
30
2
9
AHMAD HAZWAN BAKRI
25
20
7
10
RONNY HARUN
32
14
0
11
SHAHROM KALAM
31
13
0
12
MATTHEW THOMAS DAVIES
21
11
0
13
SHAHRUL MOHD SAAD
23
09
0
14
MOHD KHAIRULAZHAN KHALID
27
06
0
15
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
23
05
0
18
RIZAL GHAZALI
24
05
0
19
DARREN LOK
25
05
0
16
HADIN AZMAN
22
04
1
17
MOHD IRFAN FAZAIL
25
04
0
20
SYAZWAN ZAINON
26
04
1
21
VEENOD A/L SUBRAMANIAM
28
03
0
22
KHAIRUL HELMI JOHARI
28
02
0
23
M HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM J
23
00
0