21 November 2016 12:26 AM
MOHD. AMRI YAHYAH (dua dari
kiri) diraikan rakan sepasukan selepas meledak gol kemenangan Malaysia dalam
aksi Piala AFF di Yangon, semalam.
YANGON 20 Nov. – Wira
kemenangan Harimau Malaysia, Mohd. Amri Yahyah percaya, insiden gol pelik yang
dialami dalam pertemuan menentang Kemboja hari ini menjadi iktibar buat dia
dan rakan-rakan sepasukan.
Kapten Harimau Malaysia itu,
yang meledak dua gol untuk membantu pasukan negara menang 3-2 dalam aksi
pembukaan Kumpulan B Piala AFF berkata, dia lega kerana perlawanan berakhir
dengan kemenangan milik skuad negara biarpun ia sebenarnya boleh menjadi
sebaliknya.
“Syukur kerana kami berjaya
mencatat kemenangan hari ini, namun saya fikir kami perlu memperbaiki permainan
dan tidak mengulangi kesilapan seperti itu lagi pada aksi seterusnya.
“Kekeliruan pengadil dan
penjaga garisan menyebabkan kami berhenti bermain seketika kerana penjaga
garisan sudah mengangkat bendera.
“Kami cuba untuk membantah
jaringan tersebut namun pengadil perlawanan memberitahu kedudukan pemain
Kemboja tidak ofsaid kerana bola terkena pemain sendiri (Shahrul Saad).
“Kita tidak boleh melakukan
kesilapan seperti itu lagi dan apabila kami memperoleh gol kami juga dibolosi,”
katanya kepada pemberita di sini selepas tamat perlawanan.
Dalam pada itu, Amri turut
mendedikasi kemenangan tersebut kepada semua peminat bola sepak tempatan.
“Kejayaan ini merupakan hasil
doa keluarga, rakan-rakan dan pasukan yang banyak membantu serta semua peminat
bola sepak Malaysia. Saya harap kita dapat melangkah ke peringkat separuh
akhir,” katanya lagi.
Kata Amri, Chan Vathanka bijak
mengambil peluang dalam situasi yang menggelirukan ketika meletakkan
pasukannya di depan seawal minit ketujuh permainan.
Malaysia dijadual menentang
pasukan pilihan dan juara 2008, Vietnam dalam aksi kedua, Rabu ini sebelum
bertemu tuan rumah, Myanmar pada Sabtu.
Kata Amri lagi, walaupun tidak
memulakan permainan dengan aksi yang diharapkan, namun kejayaan mengutip tiga
mata penuh cukup melegakan kerana menganggap dua perlawanan berikutnya jauh
lebih sukar. – utusan
SUMBER- See more at:
https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tak-boleh-ulangi-kesilapan-8211-amri-1.410025#sthash.VhIxTQHw.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan