Selasa, 15 November 2016

'Ini suntikan semangat terbaik'

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
14 NOVEMBER 2016
 Amri Yahyah
Amri Yahyah Pemain berpengalaman Selangor, Amri Yahyah
KEMENANGAN ke atas Papua New Guinea di Stadium Shah Alam sebentar tadi menjadi suntikan semangat terbaik untuk Harimau Malaysia menghadapi Piala AFF Suzuki 2016.

Kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah mengharapkan momentum kemenangan tersebut dapat diteruskan di Yangon, Myanmar.

“Kemenangan ini untuk semua dan pasukan selain menunjukkan kami telah bersedia,” katanya.

Amri menjadi watak penting apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Namun ketika ditanya adakah dia bakal diberikan tanggungjawab mengambil sepakan penalti pada Piala AFF nanti, Amri menegaskan, mana-mana pemain boleh mengambil sepakan tersebut.

“Yang penting sesiapa pun yang mengambilnya akan menghasilkan gol dan membawa kemenangan kepada pasukan,” katanya

Sumber-sinar harian onLINE 14 NOVEMBER 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan