Rabu, 30 November 2016

Pemain import punca 
Harimau Malaysia merosot?

DISEMBER 2016
SAUDARA PENGARANG,  |  01 Disember 2016 12:31 AM
Skuad harimau Malaysia kecewa setelah tewas kepada pasukan tuan
Skuad harimau Malaysia kecewa setelah tewas kepada pasukan tuan rumah Myanmar 0-1 sekali gus meranapkan impian untuk mara ke peringkat separuh akhir pada aksi kumpulan B antara Malaysia melawan Myanmar sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, baru-baru ini. BERNAMA
SEJARAH membuktikan tanpa pemain import, skuad Harimau Malaysia pernah meraih tiga kejuaraan pada Sukan SEA 2009, Piala AFF 2010 dan Sukan SEA 2011! Kejayaan diraih setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengharamkan pemain import dalam Liga M pada tahun-tahun berkenaan.
Namun, sejak ‘pengharaman’ itu dimansuhkan pada 2012, prestasi pemain tempatan skuad Harimau Malaysia kembali merosot manakala pemain import kembali menguasai Liga M sejak empat tahun lalu.
Merujuk kekalahan skuad Harimau Malaysia kepada pasukan Myanmar baru-baru ini, kita jangan cepat melatah mendesak jurulatih Datuk Ong Kim Swee meletak jawatan. Kesalahan itu tidak sepatutnya dipikul Kim Swee seorang diri. Dalam hal ini, kita harus mempertikaikan juga sikap pemain tempatan yang mewakili skuad Harimau Malaysia.
Dari pengamatan, kualiti pemain tempatan terjejas setiap kali ada kemasukan pemain import. Aksi pemain tempatan dilihat tidak menyerlah disebabkan mereka tahu tugas digalas akan dibantu pemain import, sekali gus menjadikan tugas mereka mudah.
Sebagai rekod, semua jurulatih kebangsaan terdiri daripada pakar dalam bola sepak, dan bukan salah mereka jika mendapat pemain yang tidak berkualiti! Umum perlu tahu, jurulatih berdepan kekangan masa untuk melatih pemain kerana berdepan dengan birokrasi pasukan-pasukan negeri dan kelab diwakili pemain.
Malah, mereka boleh mengumpulkan pemain dalam masa satu hingga dua minggu untuk latihan taktikal sahaja tanpa boleh melatih skil-skil lain.
Saya harap FAM dapat mengkaji semula kebanjiran pemain import sehingga empat orang dalam setiap pasukan. Jika kemasukan pemain import diharapkan dapat memberi saingan kepada pemain tempatan, saya rasa usaha itu gagal.
Kepada jurulatih pula, saranan kepada mereka agar tidak ‘menganaktirikan’ pemain tempatan apabila dilihat cenderung memberi tugas penting kepada pemain import sehingga menyebabkan skuad Harimau Malaysia ketandusan playmaker dan penjaring berkualiti!.
PEMINAT SUKAN,
Ampang, Kuala Lumpur

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/pemain-import-punca-8232-harimau-malaysia-merosot-1.414407#sthash.zwDzyKBz.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan