Selasa, 15 November 2016

Ini senarai terbaik saya – Kim Swee

16 November 2016 12:21 AM
Ong Kim Swee
Ong Kim Swee
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pengendali skaud Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui senarai penuh 23 pemain yang akan berjuang dalam Piala AFF bermula Ahad ini adalah barisan terbaik penah dimiliki.
Malah, Kim Swee percaya, barisan tersebut mampu melangkah jauh selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam siri persahabatan menjelang kejohanan itu.
Pengendali berusia 46 tahun itu bagaimanapun terpaksa menelan pahit bagi menetapkan senarai 23 pemain apabila menggugurkan tiga pemain iaitu Nasir Basharuddin dari Perak, Khuzaimi Piee (Melaka United) dan Safawi Rasid (T-Team).
“Bukan senang untuk saya menggugurkan tiga pemain ini, namun disebabkan peraturan, jadi saya terpaksa menjalankan tugas.
“Saya harap mereka yang saya sifatkan agak muda masih berpeluang mewakili negara pada masa depan,” katanya selepas mengumumkan skuad Harimau Malaysia, di sini hari ini.
Skuad kebangsaan akan berlepas ke Yangon esok bagi menghadapi perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Kemboja, Ahad ini.
Mengulas mengenai kombinasi pemain baharu dan lama, Kim Swee berkata, titik tolak peningkatan skuad kebangsaan bermula sejak tewas 0-3 kepada Indonesia 0-3, 6 September lalu.
“Selepas itu kita nampak peningkatan dengan seri tanpa jaringan menentang Singapura (7 Oktober), kemudian mengikat Afghanistan 1-1 (11 oktober) dan semalam (kalahkan Papua New Guinea), kita nampak lagi sedikit peningkatan.
“Saya tak kata skuad ini sempurna 100 peratus. Tidak, kami belum lagi. Kami perlu berusaha lebih lagi,” katanya.

sumber- See more at: https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ini-senarai-terbaik-saya-8211-kim-swee-1.408106#sthash.6vYuP8xQ.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan