14 November 2016 5:23 PM
Darren gembira gandingan
bersama Hazwan, Mat Yo
FADHILUL IZMEL ISHAK | 15
November 2016 12:18 AM
DARREN LOK (kiri) melakukan percubaan ke arah
penjaga gol Papua New Guinea, Ronald Warisan dalam per
DARREN LOK (kiri) melakukan
percubaan ke arah penjaga gol Papua New Guinea, Ronald Warisan dalam perlawanan
persahabatan di Stadium Shah Alam, semalam. – UTUSAN/Roy Azis Abd Aziz
SHAH ALAM 14 Nov. - Kurang
seminggu sebelum memulakan kempen Piala AFF di Myanmar, jentera serangan
Harimau Malaysia semakin menunjukkan keyakinan, terutama selepas menumpaskan
Papua New Guinea (PNG) 2-1 dalam aksi persahabatan hari ini.
Penyerang negara, Darren Lok
mengakui, keserasian yang ditunjukkan bersama gandingan Ahmad Hazwan Bakri
serta Norshahrul Idlan Talaha cukup melegakan, sekali gus meningkatkan
keyakinan untuk berdepan Kemboja dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Ahad ini.
“Hazwan dan Mat Yo (Norshahrul)
kerap membenarkan saya mengambil bola di bahagian atas dan kombinasi ini sangat
bagus untuk kami.
“Keserasian yang semakin baik
juga membolehkan kami mengatur lebih banyak asakan hari ini.
“Saya lebih selesa dengan
posisi yang diberikan jurulatih, malah saya rasa rakan-rakan sepasukan yang
lain juga semakin memahami corak permainan masing-masing,” kata penyerang
Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu.
Mengenai pertemuan dengan PNG,
Darren berkata, pemain negara menunjukkan karakter yang bagus apabila tidak
mudah cemas selepas ketinggalan seawal minit keenam permainan.
“Persembahan yang baik
daripada kami. PNG main dengan baik pada babak pertama apabila mereka kerap
mematahkan serangan kami, namun saya fikir kami sememangnya layak untuk
memenangi perlawanan ini.
“Kami main dengan baik pada
separuh masa kedua. Kami memerlukan keputusan yang bagus sebelum bermulanya
Piala AFF dan apa yang kami boleh lakukan adalah berikan yang terbaik kepada
negara kami.
“Saya tidak risau dan panik
malah kami selesa pada babak pertama namun berdasarkan peluang yang dicipta
saya lihat pemain lain semakin panik. Bagi saya gol pertama amat bagus kerana
kami melakukan gerakan satu dua,” katanya lagi.
Selepas memulakan kempen dengan
menentang Kemboja, Malaysia dijadual bertemu Vietnam pada 23 November, diikuti
tuan rumah Myanmar dalam perlawanan terakhir Kumpulan B pada 26 November.
Malaysia, juara Piala AFF 2010
dan Vietnam, juara 2008 menjadi pilihan untuk mengungguli dua kedudukan
terakhir kumpulan, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.
Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLNE
15.11.2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan