Isnin, 14 November 2016

Malaysia catat keputusan positif

14 November 2016 5:23 PM
 Harimau Malaya
Harimau Malaya
SHAH ALAM 14 Nov.- Pemain skuad Harimau Malaysia, Irfan Fazail dicabar pemain pasukan Papua New Guinea (PNG), Roland Bala sambil diperhatikan pemain Kooriak Opaiga pada Perlawanan Persahabatan dalam kempen persiapan menghadapi Kejohanan Suzuki AFF Yangoon Myanmar di Stadium Shah Alam di sini hari ini.-UTUSAN/GAIE UCHEL
SHAH ALAM 14 Nov. - Harimau Malaysia meraih motivasi penting menjelang Piala AFF yang bermula Ahad depan selepas menewaskan Papua New Guinea (PNG) 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Terdahulu, kegagalan pertahanan Harimau Malaysia mengeluarkan bola membawa padah apabila dikejutkan dengan gol awal pasukan yang menduduki ranking ke-159 dunia, PNG menerusi Nigel Dabinyaba pada minit keenam.
Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila penyerang Harimau Malaysia, Hazwan Bakri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-21 menerusi sepakan voli selepas menerima hantaran cantik Irfan Fazail.
Pemain tengah, Amri Yahyah melengkapkan kemenangan skuad Harimau Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee apabila menyempurnakan sepakan penalti, dua minit selepas babak kedua bersambung susulan penyerang Darren Lok dijatuhkan oleh pertahanan PNG, Alwin Komolong. - UTUSAN ONLINE

-sumber- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/terkini/malaysia-catat-keputusan-positif-1.407546#sthash.jUkzd61u.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan