Selasa, 15 November 2016

Pesona jersi baru kebangsaan

 
(Dari kiri) Baddrol Bakhtiar, Matthew Davies, Zaquan Adha dan Nazirul Naim bergambar bersama jersi baharu. FOTO BERNAMA
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Bukit Jalil: Skuad Harimau Malaysia bakal tampil berwajah baru di Kejohanan Piala AFF 2016 Yangon, Myanmar bermula hujung minggu ini apabila memperagakan jersi baru keluaran Nike.

Corak jersi terbaru itu berbeza dengan sebelum ini apabila hanya menggunakan warna hitam berbanding belang kuning hitam bagi jersi utama.


Manakala jersi kedua menggunakan warna putih berbeza biru untuk digunakan skuad kebangsaan.

Majlis pelancaran jersi baru yang mempunyai ciri teknologi Nike Dri-Fit, hari ini dihadiri oleh pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Radzak, Matthew Davies dan Nazirul Naim Che Hashim.

Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee akan berlepas ke Yangon esok dan bakal memulakan saingan Kumpulan B Piala AFF menentang Kemboja Ahad ini disusuli Vietnam (23 November) dan Myanmar (26 November).

Kejohanan berlangsung bermula 20 hingga 26 November.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 2:43 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan