19 November 2016 12:27 AM
YANGON 18 Nov. - Pemain tengah
Hadin Azman menegaskan Harimau Malaysia bukan sekadar pasukan yang melengkapkan
jadual perlawanan sebaliknya mereka adalah pencabar yang mampu memberikan
saingan hebat dalam kempen Kumpulan B Piala AFF.
MYANMAR - 18 NOVEMBER 2016 -
PEMAIN tengah, Hadin Azman semasa
HADIN AZMAN yakin Malaysia
mampu melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF jika fokus kepada satu demi satu
perlawanan. – UTUSAN
Skuad negara menetapkan sasaran
untuk layak ke perlawanan akhir kejohanan dwitahunan ini namun Hadin berkata
pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan pemain agar fokus
kepada satu demi satu perlawanan dan dia bersetuju.
“Semua pasukan yang mengambil
bahagian mahu layak ke pentas akhir. Siapa yang tidak mahu. Bagi saya,
Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini namun kami perlu fokus perlawanan
satu demi satu terlebih dahulu.
“Kalau kami terlalu memikirkan
mahu layak ke final mungkin itu akan menjejaskan keadaan serta mental pemain
jadi lebih baik kami fokus bagaimana mahu layak ke peringkat empat pasukan
terakhir, kemudian akhir.
“Saya tahu bukan kami sahaja
yang memiliki misi ini sebaliknya semua pasukan tetapi dengan perancangan
jurulatih saya yakin kami boleh melepasi peringkat kumpulan dan yang penting
kami perlu bermain bermati-matian,” katanya kepada pemberita selepas sesi
latihan skuad kebangsaan di Stadium Thuwunna hari ini.
Dalam pada itu, pemain berusia
22 tahun itu juga memberitahu ketika ini moral dan semangat pemain berada di
tahap terbaik selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Papua New Guinea dalam
perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam pada Isnin lalu.
Perlawanan itu adalah ujian
terakhir untuk Harimau Malaysia sebelum ke Myanmar di mana mereka akan bertemu
Kemboja dalam perlawanan pembukaan Piala AFF di Stadium Thuwunna pada Ahad ini.
Hadin berkata mereka tidak
boleh memandang rendah terhadap terhadap keupayaan Kemboja walaupun lawan
mereka itu adalah pasukan yang hadir ke Yangon selaku pemenang peringkat
kelayakan.
Selain Kemboja, Malaysia akan
turut menentang Vietnam dan tuan rumah Myanmar di peringkat kelayakan.
“Kita perlu berhati-hati
dengan semua pasukan termasuk Kemboja. Tiada alasan untuk kami memandang
rendah terhadap mereka biar dalam apa jua keadaan sekali pun. Ini penting untuk
mendapatkan tiga mata sebagai permulaan sempurna dalam kejohanan ini.
“Selepas itu barulah kami
memikirkan bagaimana untuk menghadapi baki dua perlawanan peringkat kumpulan
seterusnya dengan bertemu Vietnam pada 23 November dan Myanmar (26 November),”
katanya lagi. – UTUSAN
Sumber-- See more at:
https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hadin-yakin-dengan-perancangan-kim-swee-1.409236#sthash.kEBMlPWg.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan