Isnin, 21 November 2016

Piala AFF: Malaysia, Kemboja terikat 1-1 selepas tamat babak pertama

20 November 2016 6:14 PM
 MOHD. SYAZWAN ZAINON (kiri) menjaringkan gol penyamaan Malaysia.
MOHD. SYAZWAN ZAINON (kiri) menjaringkan gol penyamaan Malaysia.
YANGON 20 Nov. - Selepas dikejutkan dengan jaringan kontroversi Kemboja di awal permainan, pemain sayap Mohd. Syazwan Zainon memastikan Malaysia bangkit sebelum menamatkan babak pertama apabila menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-37 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF di Stadium Thuwunna, di sini sebentar tadi.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran jauh Mohd. Irfan Fazail yang disambut Syazwan sebelum dia menggelecek pertahanan lawan dan melepaskan rembatan cantik menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty.
Terdahulu, Harimau Malaysia dikejutkan dengan jaringan kontroversi Kemboja yang dijaringkan oleh Chan Vathanaka.
Gol tersebut menimbulkan kontroversi kerana Vathanaka sudah berada dalam kedudukan ofsaid, malah penjaga garisan telah mengangkat bendera.
Namun pengadil perlawanan, Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah dari Oman tidak menghiraukan bendera yang diangkat, sebaliknya meneruskan permainan dan membenarkan jaringan Vathanaka.
Pemain-pemain Harimau Malaysia yang bertindak memberhentikan permainan sejurus melihat penjaga garisan mengangkat bendera membuat bantahan kepada pengadil, tetapi tidak dihiraukan. - UTUSAN ONLINE
SUMBER- See more at: https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/piala-aff-malaysia-kemboja-terikat-1-1-selepas-tamat-babak-pertama-1.409943#sthash.OciEv6xs.dpuf


Tiada ulasan:

Catat Ulasan