15 November 2016 12:19 AM
Kesebelasan utama Malaysia
ketika memulakan perlawanan menentang Papua New Guinea di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 14 Nov. – Jurulatih
Papua New Guinea (PNG), Flemming Serritslev mengakui, persembahan yang
dipamerkan Harimau Malaysia jauh lebih baik berbanding pertemuan mereka Jun
lalu apabila skuad kebangsaan melakar kemenangan 2-1 di Stadium Shah Alam hari
ini.
Bagaimanapun Serritslev
berkata, dia tidak begitu berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan,
Alongkron Feemuechang yang dilihat lebih kerap memberi tendangan percuma
kepada tuan rumah selain kurang bersetuju dengan sepakan penalti Harimau
Malaysia.
“Bagi saya, pertemuan tadi
seimbang. Kebiasaannya saya tidak mengulas mengenai mutu pengadil perlawanan
namun jujurnya kami tidak menerima fair play.
“Saya tahu alasan ini mungkin
kedengaran tidak bagus namun saya tetap mengiktiraf kemenangan Malaysia.
“Apa yang saya maksudkan anda
perlu perhatikan betul-betul penalti yang Malaysia peroleh dan jumlah
tendangan percuma mereka sangat banyak. Bola sepak adalah sukan yang
membenarkan pemainnya melakukan tolakan dari bahu ke bahu.
“Saya tidak boleh cakap kami
ada banyak peluang dan layak untuk menang namun dalam bola sepak anda boleh
sentuh satu sama lain. Jika pasukan tidak biasa dengan perkara seperti ini
mereka tidak akan pergi jauh.
“Namun pasukan Malaysia kali
ini bermain lebih baik berbanding Jun lalu, saya tidak meragui perkara
tersebut,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Shah Alam
hari ini.
Malaysia tewas 2-0 kepada PNG
pada pertemuan terakhir mereka dalam Jelajah Oceania, Jun lalu.
Dalam pada itu, Serritslev juga
berkata, persiapan yang kurang rapi menjadi punca kekalahan mereka dalam dua
perlawanan persahabatan.
Empat hari sebelum bertemu
Malaysia, PNG mengadakan aksi persahaban menentang pasukan No. 1 Asia, Iran dan
mereka dibelasah 8-1 di Stadium Shah Alam.
“Pada Jun lalu fizikal kami
lebih baik kerana kami baru selesai menyertai Piala Negara-Negara OFC.
“Sejak perlawanan 17 Jun lalu
(bertemu Malaysia), kami tidak mempunyai sebarang aksi kompetitif, jadi
persiapan agak terhad.
“Kami ada banyak peluang ketika
lawan Malaysia Jun lalu, namun ia tidak berlaku hari ini. Mengenai kekalahan
kepada Iran saya tetap bangga kerana berjaya menjaringkan gol, mereka pasukan
yang bagus,” katanya lagi
SUMBER-- See more at:
https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-sudah-meningkat-1.407666#sthash.tUn9Rq6t.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan