Ahad, 27 November 2016

Harimau Malaysia tersungkur

SABTU, 26 NOVEMBER 2016 @ 9:54 PM
Daripada Mohamad Zulfaizan Mansor di YangondanMyanmar zulfaizan@bh.com.my
 
PEMAIN Harimau Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (dua dari kiri) mengasak penjaga gol Myanmar, Kyaw Zin Phyo pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, sebentar tadi. Malaysia tewas 0-1. - Foto Osman Adnan **217197 

YANGON: Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2016 selepas tersingkir daripada kejohanan itu sebentar tadi. Kekalahan 0-1 kepada Myanmar di Stadium Thuwunna menyaksikan Harimau Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan dan hanya menang sekali dari tiga perlawanan.

       Tiga KPI yang ditetap kepada Kim Swee pada awal pelantikannya Januari lalu termasuk layak ke final Piala AFF Suzuki, meletakkan Harimau Malaysia di ranking 140 dunia dan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019. Keputusan itu juga menyaksikan Myanmar menamatkan badi 12 tahun gagal ke separuh akhir kejohanan peringkat Asia Tenggara itu selepas kali terakhir mereka layak pada tahun 2004. 

Harimau Malaysia hampir berada di depan seawal minit keenam menerusi rembatan Ahmad Hazwan Bakri yang sekadar menggegar tiang gol Myanmar. Empat minit kemudian, giliran Myanmar pula menguji kubu Harimau Malaysia dengan sepakan percuma menarik daripada Aung Thu, namun ditepis keluar penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Khairul Fahmi atau Apek sekali lagi menjadi penyelamat Harimau Malaysia selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Thu pada minit ke-11.

 Biarpun Myanmar dilihat lebih mengasak, Harimau Malaysia turut mendapat peluang untuk meledak jaringan penting pada minit ke-18, namun rembatan Ahmad Fakri Saarani diselamatkan penjaga gol, Kyaw Zin Phyo. 

      Nasib terus tidak memihak pemain tengah Myanmar itu apabila palang gol pula menjadi penghalang kepada sepakan percumanya pada minit ke-43. Biarpun permainan terus rancak di babak kedua, namun tiada percubaan berbahaya berjaya dilakukan kedua-dua pasukan melainkan rembatan Baddrol Bakhtiar yang tinggi melepasi palang pada minit ke-68. 

      Ketika perlawanan dilihat bakal berkesudahan seri, David Htan muncul wira Myanmar apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-89 untuk mengesahkan tempat buat pasukannya di separuh akhir

SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217197

Tiada ulasan:

Catat Ulasan