Ahad, 13 November 2016

Malaysia menang 3-0

ARKIB : 01/03/1999
SKUAD Futsal Malaysia yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Futsal Asia di Kuala Lumpur Mac ini, mencatat kemenangan kedua pada perlawanan persahabatan bertemu Singapura, semalam.

Malaysia menang 3-0 di Stadium Tertutup Perbadanan Johor di Pasir Gudang, dengan kesemua jaringan dibuat pada separuh masa kedua.

Kelmarin, Malaysia mengalahkan Singapura 14-2 dalam satu perlawanan persahabatan di Tampines di Singapura.

Jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim mengumumkan tiga lagi pemain akan disingkir daripada skuad yang ada sekarang, sebelum menamakan senarai terakhir skuad.

Selepas dua perlawanan persahabatan dengan Singapura itu Abdul Rahman mengumumkan penyingkiran pemain Johor, Liew Kim Tu dan penjaga gol simpanan, Sharuddin Ahmad dari Kuala Lumpur.

Malaysia berada dalam kumpulan B bagi Kejohanan Futsal Pra-Dunia yang akan bermula pada 5 Mac di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Turut berada bersama-sama skuad negara dalam kumpulan B ialah Jepun, Kazakhstan dan Uzbekistan.

Kumpulan A pula terdiri daripada Thailand, Singapura, Kyrgyzstan, Korea Selatan dan Iran. - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4PuBfkN00 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan