Selasa, 15 November 2016

Senarai lengkap tiga digugur

 
Kim Swee bersama skuad kebangsaan akan berlepas ke Yangon esok. FOTO HM
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee mengumumkan senarai akhir 23 pemain dalam skuad ke Piala AFF 2016, Yangon Myanmar dengan tiga pemain digugurkan daripada skuad.

Tiga pemain berkenaan adalah Mohamad Nasir Basharudin, Ahmad Khuzaimi Piee dan Safawi Rasid.


Nasir terpaksa diketepikan akibat kecederaan pangkal paha, Khuzaimi mengalami hamstring manakala Safawi yang baru berusia 19 tahun gagal merebut tempat dengan pemain lebih senior.

Skuad kebangsaan akan berlepas ke Yangon esok sebelum memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF menentang Kemboja Ahad ini, Vietnam (23 November) dan Myanmar (26 November).

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 6:10 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan