WARTAWAN SINAR HARIAN
18 NOVEMBER 2016
Lekir: Separuh akhir jalan
selamat Lekir bersama Kayrul selepas sidang media Secret Correa Collagen Lotion
Payung Capo Lekir, baru-baru ini.
SASARAN separuh akhir untuk
skuad Harimau Malaysia dalam kempen Piala AFF 2016 yang disasarkan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah jalan selamat.
Capo Lekir Ahmad berkata,
sasaran badan induk bola sepak negara itu relevan memandangkan persiapan tidak
berapa sempurna skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berkenaan.
“Berdasarkan beberapa
perlawanan persahabatan sebelum ini, Harimau Malaya dilihat goyah bukan sahaja
bagi mensasarkan separuh akhir, malah melepasi peringkat kumpulan pun belum
dapat dipastikan, walaupun tidak berada di dalam kumpulan maut bersama
Thailand.
“Barang diingat, Malaysia perlu
sekurang-kurangnya empat mata bagi melayakkan diri ke separuh akhir, tapi saya
tak nampak dari mana mata itu boleh diperolehi,” katanya selepas sidang media
Secret Correa Collagen Lotion Payung Capo Lekir, baru-baru ini.
Menurut Lekir, kemungkinan tiga
mata boleh diperoleh berdasarkan prestasi terkini Vietnam serta Myanmar sebagai
tuan rumah bersama kejohanan dwi tahunan kali ini.
“Kemungkinan hanya tiga mata
boleh diperolehi daripada perlawanan pertama menentang Kemboja, itupun bukan
semudah dijangka.
“Bagaimanapun, doa tetap
mengiringi Harimau Malaya kerana mengikut pengamatan saya, Harimau Malaya akan
lebih menjadi jika di dalam pertandingan sebenar berbanding dengan perlawanan
persahabatan yang biasanya kelihatan layu.
“Sebagai seorang penyokong bola
sepak tanah air, saya akan tetap ke Myanmar menyokong pasukan negara kerana
ingin melihat kejayaan atau saksi kemusnahan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai
Operasi SC Global Resources Sdn Bhd, Kayrul Anuar Zainuddin berkata, program
berkenaan adalah antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam
membarakan semangat kejohanan Piala AFF dalam kalangan penyokong bola sepak
tempatan.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 18 NOVEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan