FADHILUL IZMEL ISHAK | 24
November 2016 4:43 PM
YANGON, 24 Nov -- Setiausaha
Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Pengurus Pasukan Bola Sepak
Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media khas berhubung isu
memboikot piala AFF Suzuki 2016 hari ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA
TERPELIHARA
YANGON 24 Nov. - Setiausaha
Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan
badan induk tersebut tidak akan menarik diri dari Piala AFF yang sedang berlangsung
di Yangon.
Hamidin yang juga pengurus
pasukan Harimau Malaysia berkata, beliau meminta agar mana-mana pihak tidak
menjadikan bola sepak sebagai alat untuk membuat bantahan terhadap kekejaman
yang berlaku di Myanmar ke atas etnik Rohingya.
“FAM tidak akan menarik diri
dari Piala AFF. Bola sepak berkecuali dengan agama, politik, perkauman dan
sebagainya. Kalau mahu tarik diri sepatutnya dibuat sejak awal lagi dan bukan
sekarang.
“Kita berada di Myanmar untuk
menghadapi peringkat kumpulan. Kalau ada rezeki kita layak ke separuh akhir dan
final, kita akan berjumpa pasukan lain. Bagi saya ini tidak menjadi isu.
“Mengapa FAM dan bola sepak
dijadikan mangsa untuk isu seperti ini. Jangan jadikan bola sepak sebagai
kambing hitam dalam isu ini. Keputusan terletak sepenuhnya kepada Exco FAM,”
katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hamidin turut
mempersoalkan adakah Myanmar tidak akan dijemput untuk beraksi dalam Sukan SEA
2017, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah temasya tersebut.
“Saya nak tanya adakah selepas
ini Myanmar tidak akan dijemput untuk Sukan SEA 2017 kerana kita tuan rumah.
Saya yakin dan berharap agar menteri dapat membuat keputusan sebaik mungkin
dalam menangani isu seperti ini. Jika tidak, kita akan digantung FIFA (Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa),” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE
SUMBER- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-tidak-akan-tarik-diri-1.411746#sthash.rCTALWHU.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan