Selasa, 15 November 2016

Tenanglah di sana

 
Jenazah Ariffin dibawa ke tanah perkuburan. FOTO ROSLI ILHAM
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Dungun: Jenazah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu, Ariffin Osman, 51, yang meninggal dunia pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Kuala Abang, di sini, kira-kira 7.30 malam.

Jenazahnya diiringi seramai 100 orang termasuk ahli keluarga dan kenalannya.


Sebelum itu, solat jenazah turut diadakan di rumahnya selepas dua anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur dan seorang yang sedang menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang tiba.

Ariffin bekas pemain bola sepak era 80-an dan 90-an meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi tadi akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham sebelum ini mengambil upah mengangkut ikan meninggalkan seorang balu dan enam anak.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 9:19 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan