MUHAMMAD AFHAM RAMLI
14 NOVEMBER 2016
Harimau Malaya
MALAYSIA melakar kemenangan
dalam perlawanan persahabatan menewaskan Papua New Guinea dengan jaringan 2-1
di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Mohd Amri Yahyah menjadi wira
Harimau Malaysia apabila menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol
Papua New Guinea, Ronald Warisan.
Malaysia dikejutkan gol awal
oleh Papua new Guinea pada minit keenam
dengan jaringan cantik Nigel Dabinyaba selepas bola gagal dikeluarkan dengan
baik dari dalam kotak penalti oleh pemain pertahahanan Malaysia.
Separuh masa pertama perlawanan
menyaksikan beberapa percubaan yang gagal disudahkan.
Peluang Malaysia untuk menjaringkan
gol melalui sepakan percuma pemain penyerang, Hazwan Bakri pada minit ketiga
berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Ronald Warisan.
Akhirnya, Harimau Malaysia
bangkit dengan beberapa gerakan dan hantaran lebih kemas sebelum gol yang
diidamkan terhasil pada minit ke-20 melalui Ahmad Hazwan Bakri hasil umpanan
cantik gandingannya, Darren Lok.
Seterusnya, kedua-dua pasukan
terus rancak dengan gerakan, hantaran dan serangan-serangan pantas.
Harimau Malaysia sekali lagi
hampa apabila lorongan cantik pemain berjersi 21, Darren Lok selepas berjaya
menggelecek dua pemain pertahanan lawan gagal disempurnakan Baddrol Bakhtiar
pada minit ke-33.
Bersambung separuh masa kedua,
Darren Lok sekali lagi membuktikan kualiti pada dirinya selepas berjaya
melepasi pertahanan lawan sebelum dia dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Malaysia dihadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan oleh kapten negara, Mohd
Amri Yahyah pada minit ke-46.
Jurulatih Malaysia, Datuk Ong
Kim Swee melakukan beberapa percaturan dengan membawa masuk Mohd Safee Mohd
Sali, Muhammad Safawi Rasid, Veenod Subramaniam, Norshahrul Idlan Talaha dan
Muhammad Hadin Azman masing-masing menggantikan
Darren Lok, Mohd Amri Yahyah, Mohd Irfan Fazail, Mohamad Zaquan Adha Abd
Razak dan Ahmad Hazwan Bakri.
Minit ke-73, penjaga gol
Malaysia, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid mengalami kecederaan setelah
bertembung dengan pihak lawan dan tempatnya digantikan dengan Khairul Fahmi Che Mat.
Tamat 90 minit kedudukan kekal
2-1 walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Sumber-sinar harian onLINE 14
NOVEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan