SELASA, 15 NOVEMBER 2016 @ 6:18
PM
WAKIL jawatankuasa Eksekutif
FAM yang diketuai Datuk Sivasundaram (empat dari kiri) serta Pengurus Besar
Pemasaran Sukan dan Perniagaan Kumpulan TM, Siti Farah Diba Abd Ghani (tengah)
menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kapten, Amri Yahyah; Penolong Kapten, Baddrol
Bakhtiar dan Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (kanan) pada
majlis meraikan skuad Harimau Malaysia dan sidang media senarai penuh pemain
untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2016, hari ini. - Foto Osman Adnan KELANA
JAYA:
Tiga pemain sah digugurkan
daripada skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2016 di
Yangon, Myanmar, Sabtu ini. Mereka adalah pemain tengah Perak, Nasir
Basharudin; pertahanan kiri Melaka, Ahmad Khuzaimi Piee dan pemain tengah
Terengganu, Safawi Rasid.
Perkara itu diumumkan oleh
pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee pada sidang media, di
sini, sebentar tadi. Nasir dan Khuzaimi digugurkan susulan mengalami
kecederaan, sementara Safawi pula berikutan terlalu banyak pemain yang boleh
mengisi posisi terbabit.
Pengguguran tiga pemain
terbabit menyaksikan Kim Swee kini memiliki skuad 23 pemain terbaik untuk
menghadapi saingan di Yangon itu.
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/213244
Tiada ulasan:
Catat Ulasan