Sabtu, 8 April 2017

Yu Tiang meninggal dunia



ARKIB : 16/12/2003
DUA anggota keluarga mendiang Ong Yu Tiang memberikan penghormatan terakhir di kediamannya di Vista Perdana, Pandan Perdana, Kuala Lumpur semalam.

BEKAS penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Ong Yu Tiang, 45, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti, Petaling Jaya pada jam 2 pagi kelmarin.

Yu Tiang yang mengidap penyakit Acute Lymphoeytic Leukemia dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 19 November lalu.

Mendiang yang disahkan menghidap penyakit itu sejak setahun lalu dan telah menjalani dua pembedahan pada 9 dan 13 Disember lalu.

Antara yang berada di sisi mendiang ketika beliau menghembuskan nafas terakhir ialah saudara mara terdekat termasuk rakan-rakan karibnya seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh serta Jalani Sidek.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Linda Yap, 44, dan lima orang anak - Michelle Ong, 18, Alendra Ong, 16, Jessica Ong, 15, Daniel Ong, 7, dan Ivyna Ong, 2 1/2 tahun.

Jenazah mendiang dibawa ke ke-diamannya di Vista Perdana, Pandan Perdana, Kuala Lumpur untuk membolehkan saudara mara, rakan-rakan dan orang kenamaan menziarahi mendiang buat kali terakhir.

Menurut isteri mendiang, Linda Yap, 44, suaminya menghembuskan nafas terakhir semalam dalam keadaan tenang.

``Badannya susut dan tidak bertenaga dengan rambutnya gugur. Dia seorang yang tabah, kuat semangat dan masih boleh bercakap.

``Mendiang pergi dengan keadaan tenang dan semua ahli keluarga berada disisinya sewaktu beliau menghembuskan nafas yang terakhir,'' kata Linda ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Linda lagi, mendiang sempat meninggalkan nota ucapan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Bola Sepak Pahang, Selangor, Perak, Polis, Kelab Sukan Ulu Klang dan pihak media.

Mendiang sebelum ini yang menjalani pembedahan kedua di bahagian perut Sabtu lalu di bahagian perut dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan pengawasan doktor.

Yu Tiang dikesan menghidap Acute Lymphoctic Leukemia sejak tahun lalu.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dinyJODi
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan