ARKIB : 04/06/2004
JUARA bola sepak Divisyen Satu England musim lalu, Norwich City akan
mengadakan dua perlawanan persahabatan semasa kunjungan ke Malaysia pada
Julai depan.
Kelab yang mendapat tajaan pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) itu akan bertemu juara Piala Malaysia 2003, MPPJ Selangor dan skuad kebangsaan, masing-masing pada 14 dan 17 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan itu dianjurkan melalui kerjasama Proton dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan penonton akan dikenakan tiket berharga di antara RM10 dan RM30.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, perlawanan tersebut bertujuan memperkenalkan Norwich City dan menarik sokongan rakyat negara ini kepada kelab yang dikenali dengan gelaran `The Canaries' itu.
``Ia merupakan kunjungan kali pertama mereka ke Malaysia dan kita gembira kerana mempunyai ikatan dengan kelab yang menjuarai Divisyen Satu musim lalu.
``Ia penajaan yang dapat meningkatkan imej Proton dan Malaysia di peringkat antarabangsa, kerana logo Proton dan Lotus akan tertera pada jersi kelab yang akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan,'' katanya pada sidang media mengumumkan kedatangan kelab itu di Shah Alam, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Setiausaha Agungnya, Datuk Dell Akbar Khan.
Menurut Tengku Mahaleel, selain dua perlawanan itu, kelab tersebut akan mengendalikan klinik `Bola Sepak Dalam Masyarakat (FITC)' bagi mengenal pasti kanak-kanak di antara umur 6 hingga 8 tahun yang berbakat dalam bola sepak untuk diketengahkan.
``Bagi tujuan itu, klinik tersebut akan diadakan di beberapa lokasi iaitu Ipoh, Melaka dan Kuala Lumpur,'' katanya.
Sementara itu, Tengku Abdullah yang memuji langkah tepat Proton menaja Norwich City berharap, pemain tempatan menggunakan perlawanan persahabatan itu menunjukkan kemampuan dan jika boleh menarik perhatian pengurusan kelab itu.
Ujarnya, beliau ingin melihat pemain negara beraksi di peringkat tertinggi dan mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Malaysia yang pernah dikecapi satu ketika dulu.
``Tetapi pemain kita juga perlu mengubah sikap dan sedia menyahut cabaran bermain di luar negara. Ada beberapa pemain yang dihantar ke luar negara sebelum ini merungut kononnya rindukan nasi lemak dan bil telefon yang tinggi.
``Kita mahu pemain yang dihantar ke luar negara benar-benar bersedia dan berfikiran profesional,'' katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan