Sabtu, 22 April 2017

Malaysia kecundang

ARKIB : 18/05/2004
TIADA apa yang boleh dibanggakan oleh skuad bola sepak Bawah 20 negara pimpinan Jorvan Viera apabila tewas mudah 3-1 kepada Jepun yang bermain dengan 10 orang pada perlawanan persahabatan yang membosankan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam.
Kekalahan ini merupakan petanda awal akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh skuad negara apabila menyertai kejohanan Bawah 20 Asia dari 28 September hingga 8 Oktober. Malaysia akan berada dalam Kumpulan A bersama Jepun, Vietnam dan Nepal.
Jepun mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi sepakan percuma Shingo Hyodo pada minit ke-12 dan tandukan Kazuma Watanabe pada minit ke-20.
Tatsuya Masushima menambah gol ketiga Jepun pada minit ke-63 setelah menanduk sepakan sudut Hakuto Nakamura.
Pada minit ke-71, pemain Jepun, Issel Takayanagi dilayangkan kad merah kerana menumbuk Zahiruddin Mohd. Sabri ketika merebut bola.
Kesempatan itu digunakan oleh skuad negara untuk membalas satu gol menerusi epakan percuma Mohd. Hafiz Syobri pada minit ke-77

Tiada ulasan:

Catat Ulasan