Sabtu, 8 April 2017

Malaysia dalam ``Kumpulan Maut''



ARKIB : 19/10/2003
DOHA, Qatar - Malaysia bakal menghadapi laluan sukar untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Athens tahun depan apabila diundi dalam ``Kumpulan Maut'' pada peringkat akhir pusingan kelayakan.

Dalam undian yang dilakukan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Doha semalam, pasukan negara diletakkan bersama gergasi Asia, Korea Selatan, China dan Iran dalam Kumpulan A.

Korea menjadi pasukan Asia pertama melayakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia, manakala China pula beraksi pada Piala Dunia pertamanya di Korea dan Jepun tahun ini.

Sebuah lagi gergasi bola sepak Asia, Jepun pula menerajui Kumpulan B yang turut disertai Bahrain, Emeriyah Arab Bersatu dan Lebanon.

Sementara Arab Saudi menjadi pilihan untuk menjuarai Kumpulan C yang turut dibarisi oleh Kuwait, Oman dan pemenang di antara Korea Utara dan Iraq yang akan beraksi, bulan depan.

Pecahan kepada tiga kumpulan untuk 12 pasukan itu adalah berdasarkan kepada kedudukan mereka dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik 2000 di Sydney.

Menurut Setiausaha Kehormat AFC, Datuk Peter Velappan, perlawanan peringkat akhir kelayakan akan bermula pada Mac ini.

Bagaimanapun akan memutuskan hari ini sama ada perlawanan tersebut akan dilangsungkan di satu lokasi atau menggunakan format timbal-balik. - AP

Kedudukan Kumpulan

KUMPULAN A: Korea Selatan, MALAYSIA, China, Iran

KUMPULAN B: Jepun, UAE, Bahrain, Lebanon

KUMPULAN C: Arab Saudi, Kuwait, Oman, Iraq/Korea Utara

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4ddxcu800
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan