Rabu, 12 April 2017

Kempen kita bermula



ARKIB : 18/02/2004

KEMPEN kelayakan bola sepak Piala Dunia 2006 untuk Malaysia bermula dengan pertemuan menentang Hong Kong di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Berdasarkan rekod sejak 1973, tidak ada pencapaian menarik untuk Malaysia apalagi untuk layak ke pusingan akhir.

Satu-satunya pencapaian yang masih boleh diingati ialah kejayaan Malaysia, yang ketika itu dibimbing oleh Frank Lord, menumpaskan Korea Selatan 1-0 pada 1985 tetapi pasukan negara masih gagal ke pusingan akhir di Mexico pada 1986.

Beraksi di pentas Piala Dunia dirasakan begitu jauh buat pasukan negara meskipun Korea Selatan dan Jepun sudah membuktikan keperkasaan mereka pada kejuaraan yang diadakan buat julung kali di Asia pada tahun 2002 yang lalu.

Korea melakukan kejutan terbesar apabila layak sehingga peringkat separuh akhir sementara Jepun turut mendapat perhatian dengan keupayaan mereka melepasi pusingan kedua.

Musim saingan silih berganti. Pasukan negara terus tercicir.

Untuk kempen kelayakan 2004, selain Hong Kong, yang dianggap pasukan paling lemah dalam Kumpulan Empat, Malaysia juga akan bertemu China, yang beraksi dalam Piala Dunia buat kali pertama pada 2002 disamping Kuwait.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4e33NpmwJ
© Utusan Melayu (M) BhdS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan