ARKIB : 07/07/2003
MALAYSIA terpaksa berpuas hati
dengan kedudukan sebagai naib juara Kejohanan Futsal ASEAN 2003 apabila tumpas
4-0 kepada penyandang juara, Thailand di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, malam
tadi, lapor YUSWANDI MAJID.
Skuad negara yang tumpas 1-6 pada
perlawanan peringkat liga sebelum ini, nyata belum mampu menandingi Thailand
dalam banyak aspek sehingga penjaga gol pasukan berkenaan, Phanuphong
Suwatsrisakul, jarang-jarang diuji.
Sebaliknya, keupayaan Thailand
untuk menggenggam piala kali ini amat terserlah apabila mereka mendahului
pasukan negara 3-0 pada babak pertama.
Gol pertama mereka hadir pada
minit ketiga melalui Joe Neungkord yang mudah menyudahkan satu hantaran silang
untuk menewaskan penjaga gol negara, Zaidi Ramli.
Malaysia cuba bangkit selepas itu
namun pemain negara tersilap langkah apabila Zaidi yang meninggalkan gawang
untuk membuat percubaan, dihukum oleh Joe sekali lagi.
Pemain lincah itu pantas memintas
dan melarikan bola untuk mudah menyumbat gol di gawang yang kosong itu pada
minit keenam.
Thailand terus memberikan tekanan
kepada skuad negara apabila Anucha Munjarern menjaringkan gol pada minit ke-10.
Pada babak kedua, Malaysia
bermain lebih kemas namun masih gagal memecah benteng pertahanan lawan.
Sebaliknya, Thailand menjaringkan
gol melalui sepakan penalti yang diambil oleh Anucha pada minit ke-25 selepas
beliau dijatuhkan di dalam kotak penalti Malaysia.
Sementara itu, Indonesia
menduduki tangga ketiga apabila menewaskan Kemboja 5-3.
Gol-gol Indoenesia dijaringkan
oleh Andri Irawan pada minit keenam, Vennard Vonarza Victor pada minit ke-22
dan 32 danAdrian Asuri pada minit ke-33 dan 37.
Sementara itu, Kemboja
mendapatkan gol menerusi Chan Veasnapada minit ke-11, Kim Chanbunrith (minit
ke-13) dan Kao Kiri (minit ke-31)
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4d5BWSHWK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan