MALAYSIA dipaksa bertahan habis-habisan
tetapi akhirnya lega apabila mendapat satu mata berharga selepas berjaya
mengikat pasukan pilihan, Iraq dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan
kelayakan bola sepak Piala Asia Kumpulan F di Stadium Nasional, Bukit Jalil
semalam, lapor A. JAILANI ABDULLAH.
Keputusan seri itu meletakkan
kedua-dua pasukan terikat dengan empat mata selepas dua perlawanan tetapi Iraq
memiliki kelebihan jumlah gol. Iraq mencipta persoalan apabila merehatkan
penjaring empat gol ketika menundukkan Bahrain 5-1, Younis Khalaf dan
meletakkan tanggungjawab memburu jaringan kepada Abbas Hassan dan Ahmed Abbas.
Tanpa Younis, Iraq masih mampu
menggerunkan benteng negara menerusi gerakan pantas dan percubaan Abbas Hassan
dan Ahmed Abbas.
Dua puluh minit pertama permainan
menyaksikan Abbas Hassan melakukan sekurang-kurangnya empat percubaan manakala
Ahmed Abbas melepaskan lima peluang.
Peluang terbaik skuad negara
Teluk itu hadir seawal minit kelapan tetapi tandukan Abbas Hassan selepas menerima
hantaran lintang Abbas Zayer dari kanan tepat kepada Azmin Azram Aziz.
Abbas Hassan sekali lagi menguji
Azmin pada minit ke-30, kali ini sepakan jarak jauhnya terkena Norhafiz Zamani
Misbah sebelum bola mendarat di dakapan Azmin.
Pada minit ke-39 pengadil,
Khantama Adunyachart dari Thailand melayang kad kuning kepada Tengku Hazman
Raja Hassan bersama-sama Haedr Kadhim kerana bertarikan sesama sendiri.
Malaysia memulakan babak kedua
dengan merehatkan Azmin untuk memberi peluang kepada penjaga gol muda, Mohd.
Syamsuri Mustafa beraksi buat pertama kali pada kejohanan ini.
Sementara, itu Bahrain
mempamerkan permainan kurang bersemangat tetapi masih mampu menundukkan Myanmar
3-1, semalam.
Talal Yusuf Mahmood menjaringkan
gol pada minit ke-15 untuk mendahului 1-0 dan sebaik babak kedua bermula,
Bahrian memperoleh gol keduanya, lima minit kemudian melalui Aala Ahmed Hubail.
Pemain serangan, Husain Ali Ahmed
berjaya menewaskan penjaga gol, Aung Aung Oo pada minit ke-76. Myanmar mendapat
satu gol menerusi Soe Myat Min pada minit ke-77
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4dcsNRK9K
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan