ARKIB : 30/09/2004
MALAYSIA mengesahkan tempat ke suku akhir bola sepak Kejohanan Belia Piala Asia selepas mengalahkan Nepal 3-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan A, di Stadium JCorp Pasir Gudang, Johor semalam.
Norshahrul Idlan Talaha dan Tengku Qayyum Tengku Ahmad muncul wira skuad negara apabila mencipta jaringan gol pada minit ke-44 dan 71 untuk memenuhi impian ke suku akhir.
Manakala gol ketiga skuad kebangsaan adalah hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Nepal, Pralaya Rajbshandari di minit 90.
Gol pertama skuad kebangsaan diperoleh apabila Norshahrul Idlan menyambar bola muntah percubaan Tengku Qayyum yang ditampan oleh penjaga gol Nepal, Bikash Malla untuk menggegarkan jaring lawan.
Berikutan jaringan sulung itu, kira-kira 3,000 orang penyokong Malaysia bersorak gembira manakala kira-kira 1,000 penyokong Nepal terdiam seketika.
Hasil kerja keras pemain akhirnya gol kedua menyusul menerusi Ahmad Azlan Zainal pada minit ke-71.
Gol tersebut dihasilkan hasil tandukan kencang Ahmad Azlan setelah menyambut baik sepakan sudut Tengku Qayyum Tengku Ahmad.
Kegembiraan skuad kebangsan tidak berakhir di situ apabila kesilapan pemain pertahanan Nepal Pralaya cuba menampan sepakan Saiful Nizam, bola tersebut tertampan dan menggegar ke gawang sendiri pada minit-minit babak perlawanan hendak ditamatkan.
Dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Larkin pula, Jepun yang sudah layak ke suku akhir seperti diramal tidak menghadapi masalah menewaskan Vietnam 1-0.
Kemenangan itu memastikan Jepun muncul juara Kumpulan A.
Manakala dalam perlawanan Kumpulan B pula, Dang Fang Zhao muncul hero apabila gol jaringannya membantu China ke suku akhir apabila menang tipis 1-0 ke atas Qatar dalam perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Dalam perlawanan kedua pula, Iran membelasah Indonesia 6-2 di Stadium Petaling Jaya.
Bagaimanapun kemenangan itu tidak memberi makna kepada Iran yang sekadar mengutip empat mata
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan