ARKIB : 05/07/2003
MALAYSIA mencerahkan harapan
untuk layak ke perlawanan akhir Kejohanan Futsal ASEAN 2003 apabila berjaya
mengalahkan musuh tradisi, Indonesia 3-1 di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan
semalam, lapor YUSWANDI MAJID.
Kemenangan berharga itu
meletakkan Malaysia dalam kedudukan selesa dengan sembilan mata daripada empat
perlawanan berbanding Indonesia enam mata.
Malaysia akan menghadapi Kemboja
pada perlawanan terakhir dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk
mencatatkan kemenangan.
Dalam perlawanan semalam,
Malaysia mempamerkan persembahan terbaiknya setakat ini dan menguasai
sebahagian besar perlawanan.
Skuad negara berada di hadapan
pada minit ketiga apabila ketua pasukan, Mohamad Faizul Abd. Gaffar menolak
masuk bola ke gawang Indonesia hasil umpanan Addie Azwan Zainal.
Malaysia terus mengasak selepas
itu namun Indonesia berjaya memperoleh gol melalui Felix Arifin pada minit
keenam hasil tendangan sudut.
Pada babak kedua Malaysia
meneruskan penguasaan dan mencipta banyak peluang sementara Indonesia lebih
bergantung kepada serangan balas dan hantaran jauh.
Mohamad Faizul sekali lagi
meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-29 apabila tendangan derasnya dari
luar kotak penalti gagal diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Listiyanto
Raharjo.
Skuad negara memastikan tiga mata
penuh milik mereka dengan gol melalui Mohd. Saiful Md. Noor pada minit ke-35.
Dalam perlawanan terdahulu,
pasukan pilihan, Thailand terus mempamerkan aksi garang dengan membelasah
Kemboja 13-4.
Gol Thailand diperoleh menerusi
jaringan Sermphan Khumthinkaew pada minit keempat, 15, 29 dan 39, Joe Neungkord
(13 dan 38), Anucha Munjajern (10 dan 14), PrasertInnui (18 dan 19), Jadet
Punpoem (21 dan 34) dan Pongpipat Kamnuan pada minit ke-19.
Kemboja pula memperoleh gol
melalui Chan Arunreath pada minit pertama dan 34, Kao Kiri pada minit ke-28 dan
ChanVeasna pada minit ke-37.
Dalam perlawanan lain, Fili-pina
mencatatkan kemenangan pertama mengalahkan Brunei 4-2.
Filipina memperoleh gol melalui
Roger Lastimado pada minit ke-40 dan Jimmy Dona dengan hatrik pada minit ke-10,
33 dan 38.
Gol Brunei dijaringkan oleh
Norazmiezul Maipaizan pada minit ke-18 dan Mohamad Shahril pada minit ke-13.
MALAYSIA 3 Indonesia 1
Thailand 13 Kemboja 4
Filipina 4 Brunei 2
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4d5754Szs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan