KASHIMA, Jepun - Malaysia tewas
0-4 ke pada Jepun pada perlawanan bola sepak persahabatan menjelang kempen
kelayakan Piala Dunia 2006 di sini, semalam.
Jepun tidak menurunkan beberapa
tongak utama mereka yang berada di Eropah termasuk Junichi Inamoto (Fulham) dan
Hidetoshi Nakata di Bologna.
Mitsuo Ogasawara memulakan
jaringan dalam cuaca sejuk di Kashima selepas 11 minit permainan. Ia adalah gol
pertama Ogasawara daripada 17 penampilannya bersama Jepun.
Ogasawara turut menjadi inspirasi
gol kedua Jepun apabila bola hantarannya membolehkan ketua pasukan dan pemain
pertahanan, Tsuneyasu Miyamoto menjaringkan gol pada minit ke-38, yang juga gol
pertama pemain itu selepas beraksi dalam 27 perlawanan antarabangsa.
Nobuhisa Yamada menambah derita
Malaysia dengan gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama sementara pemain
tengah, Yasuhito Endo melengkapkan kemenangan 4-0, seminit selepas bermula
babak kedua. - Reuters
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4dvn2QuPN
© Utusan Melayu (M) BhdS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan