Selasa, 18 April 2017

Irwan tetap berlepas ke Korea esok

ARKIB : 11/04/2004
SKUAD bola sepak kebangsaan yang berlepas ke Korea Selatan awal pagi ini untuk berdepan pasukan tuan rumah pada perlawanan kelayakan Olimpik zon Asia di Suwon tanpa tonggak pertahanan, Irwan Fadli Idrus yang kematian abangnya, kelmarin.
Begitupun, Irwan berjanji tetap akan bermain pada perlawanan Rabu ini dan dia akan menyusul rakan sepasukan ke Korea Selatan esok melalui penerbangan bersama para pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Irwan yang masih bersedih atas kematian abangnya, Kherizan Idrus, 28, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Pendang, Kedah kelmarin, berusaha melupakan peristiwa sedih itu dan mahu segera bersama skuad kebangsaan.
``Saya tetap mahu bersama pasukan negara biarpun hakikatnya saya masih bersedih kerana baru sahaja kehilangan abang.
``Saya akan cuba melupakan peristiwa itu kerana pasukan negara amat memerlukan khidmat saya.
``Tetapi saya tidak dapat bersama rakan sepasukan yang bertolak awal ke Korea Selatan awal pagi ini, sebaliknya saya hanya akan tiba dua hari sebelum perlawanan,'' katanya.
Kelmarin Irwan bergegas meninggalkan latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya apabila mendapat berita kematian abangnya Kherizan.
Kherizan adalah antara tiga orang yang maut setelah kereta Kancil yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 62, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kobah, Pendang, Kedah, kelmarin.
Berikutan itu, jurulatih kebangsaan, Allan Harris bimbang kehilangan khidmat Irwan selepas dua pemain regular di bahagian pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah dan Yosri Derma Raju tidak dapat beraksi.
Menurut Irwan, dia yakin mampu memberikan aksi yang terbaik sekalipun baru sahaja kehilangan ahli keluarga.
``Apabila berada di padang, saya harap dapat melupakan peristiwa sedih itu. Bagi saya, orang yang sudah pergi (meninggal), biarlah dia pergi dengan aman.
``Kita yang masih hidup perlu meneruskan perjuangan,'' katanya.
Katanya, keputusannya untuk bermain tanpa didesak oleh mana-mana pihak.
``Apabila berdepan dengan situasi seperti ini (kematian abang), keputusan untuk bermain atau sebaliknya terletak di tangan saya.
``Saya membuat keputusan untuk bersama rakan sepasukan ke Korea Selatan setelah memikirkan saya mampu memberikan yang terbaik,'' ujarnya.
Malaysia yang menduduki tangga terbawah Kumpulan A akan menentang Korea dalam perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Piala Dunia di Suwon, Rabu depan.

1 ulasan:

  1. SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    WECHAT / WHATSAPP
    013-302-6666

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    BalasPadam