ARKIB : 08/09/2004
PENYERANG veteran Rusdi Suparman mahu membalas kepercayaan jurulatih
Bertalan Becskei dengan mempamer aksi terbaik jika diturunkan dalam
perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia menentang China di Stadium
Bandaraya, Pulau Pinang malam ini.
Penyerang PKNS Selangor itu yang terkejut kerana dipanggil menyertai latihan pasukan kebangsaan bimbingan Becskei, dari Hungary, selepas hampir tiga tahun tidak menyarung jersi kebangsaan, juga sudah tidak sabar-sabar untuk membuktikan sentuhannya masih berbisa.
Malahan menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia juga sedia digandingkan dengan mana-mana calon pemain barisan depan sama ada penyerang Kedah, Akmal Rizal Rakhli atau V. Saravanan dari Perak.
``Bukan mudah untuk terpilih ke pasukan kebangsaan dalam usia sekarang.
``Tiada cara lain untuk membalas kepercayaan Becskei selain memberikan persembahan terbaik.
``Walaupun sudah lama tidak beraksi (dalam pasukan kebangsaan) saya bertuah kerana tidak menghadapi masalah berganding dengan mana-mana calon striker sama ada Akmal atau Saravanan atau pun penyerang lain.
``Ini kerana saya pernah beraksi dengan mereka sebelum ini.
``Apa yang lebih penting, perlawanan malam ini bukan sekadar pelengkap jadual tetapi lebih kepada mempertahankan maruah.
``Kejayaan menewaskan pasukan Thailand 2-1 baru-baru ini menjadi bekalan terbaik para pemain yang jelas cukup bersemangat selepas menewaskan pasukan nombor satu Asia Tenggara itu,'' katanya.
Pasukan kebangsaan kini menduduki tangga tercorot Kumpulan 4 kelayakan Piala Dunia pusingan Asia tanpa sebarang mata bersama China, Kuwait dan Hong Kong.
Malaysia tewas 4-0 kepada China dalam perlawanan pusingan pertama di Tianjin, 9 Jun lalu.
Menurut Rusdi, walaupun pasukan kebangsaan sudah boleh melupakan saingan ke Piala Dunia 2006 di Jerman, dia tetap memandang serius perlawanan dengan China.
``Secara matematiknya kita memang sudah tiada harapan lagi untuk ke Jerman 2006.
``Tetapi para pemain tetap mahukan kemenangan untuk menaikkan ranking Fifa,'' katanya.
Kongsi Konten di :Penyerang PKNS Selangor itu yang terkejut kerana dipanggil menyertai latihan pasukan kebangsaan bimbingan Becskei, dari Hungary, selepas hampir tiga tahun tidak menyarung jersi kebangsaan, juga sudah tidak sabar-sabar untuk membuktikan sentuhannya masih berbisa.
Malahan menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia juga sedia digandingkan dengan mana-mana calon pemain barisan depan sama ada penyerang Kedah, Akmal Rizal Rakhli atau V. Saravanan dari Perak.
``Bukan mudah untuk terpilih ke pasukan kebangsaan dalam usia sekarang.
``Tiada cara lain untuk membalas kepercayaan Becskei selain memberikan persembahan terbaik.
``Walaupun sudah lama tidak beraksi (dalam pasukan kebangsaan) saya bertuah kerana tidak menghadapi masalah berganding dengan mana-mana calon striker sama ada Akmal atau Saravanan atau pun penyerang lain.
``Ini kerana saya pernah beraksi dengan mereka sebelum ini.
``Apa yang lebih penting, perlawanan malam ini bukan sekadar pelengkap jadual tetapi lebih kepada mempertahankan maruah.
``Kejayaan menewaskan pasukan Thailand 2-1 baru-baru ini menjadi bekalan terbaik para pemain yang jelas cukup bersemangat selepas menewaskan pasukan nombor satu Asia Tenggara itu,'' katanya.
Pasukan kebangsaan kini menduduki tangga tercorot Kumpulan 4 kelayakan Piala Dunia pusingan Asia tanpa sebarang mata bersama China, Kuwait dan Hong Kong.
Malaysia tewas 4-0 kepada China dalam perlawanan pusingan pertama di Tianjin, 9 Jun lalu.
Menurut Rusdi, walaupun pasukan kebangsaan sudah boleh melupakan saingan ke Piala Dunia 2006 di Jerman, dia tetap memandang serius perlawanan dengan China.
``Secara matematiknya kita memang sudah tiada harapan lagi untuk ke Jerman 2006.
``Tetapi para pemain tetap mahukan kemenangan untuk menaikkan ranking Fifa,'' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan