SITI NURAZLINA JAMALUDIN
SUNGAI
PETANI 29 April - Selepas sebulan berteka-teki mengenai status
jurulatih Lang Merah akhirnya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membuat
keputusan mengejutkan membenarkan Tan Cheng Hoe meninggalkan kem Kedah
hari ini.
Apa yang mengejutkan, KFA membenarkan pengendali Lang Merah
itu meninggalkan anak buahnya sehari sebelum saingan separuh akhir
pertama Piala FA menentang Terengganu pada malam esok di Stadium Darul
Aman, Alor Setar.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya tidak membuat keputusan terburu-buru walaupun masih belum mempunyai pengganti sebaliknya keputusan itu berikutan beliau akan memulakan tugasannya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.
"Kita sudah lihat dari pelbagai sudut... inilah keputusan pengurusan
KFA walaupun kita masih mempunyai beberapa perlawanan lagi. Mungkin ini
yang terbaik," katanya selepas Program Transformasi Nasional 2050 (TN50)
di sini hari ini.
Ahmad Bashah memberitahu, tugas pengendali pasukan Lang Merah kini digalas pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff sementara KFA mendapatkan khidmat jurulatih baharu. - UTUSAN ONLINE
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya tidak membuat keputusan terburu-buru walaupun masih belum mempunyai pengganti sebaliknya keputusan itu berikutan beliau akan memulakan tugasannya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.
Ahmad Bashah memberitahu, tugas pengendali pasukan Lang Merah kini digalas pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff sementara KFA mendapatkan khidmat jurulatih baharu. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan