Ahad, 16 April 2017

Kekalahan bukan penghalang semangat

ARKIB : 30/03/2004
KEKALAHAN 3-1 kepada Hong Kong pada perlawanan pertama pusingan kelayakan bola sepak Piala Dunia tidak mematahkan semangat skuad negara yang memburu kemenangan ke atas Kuwait di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok, lapor AIZAWATI AHMAD
Setelah diaibkan di hadapan penyokong sendiri, barisan pemain pasukan kebangsaan menyedari bahawa mereka perlu bekerja keras bagi memastikan peristiwa pahit itu tidak berulang lagi.
Walaupun Kuwait tewas kepada China 1-0 baru-baru ini, pemain skuad kebangsaan tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan negara teluk itu.
Pertemuan esok seharusnya dijadikan sebagai perlawanan menebus maruah pasukan negara di hadapan penyokong tempatan.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di stadium berkenaan semalam berkata, pemain-pemain perlu memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan menentang pasukan Kuwait.
``Apa yang penting sekarang, mereka perlu memberi tumpuan bagi menunjukkan persembahan yang baik pada perlawanan ini,'' katanya.
Menurutnya, kekalahan lalu biarlah menjadi pengajaran dan keutamaan kini adalah perlawanan penting menentang Kuwait.
Rajagopal memberitahu, pasukan negara kali ini turut diperkuatkan lima pemain bawah 23 tahun yang akan digandingkan dengan pemain senior.
Pemain-pemain terbabit ialah Akmal Rizal Rakhli, Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Fadzli Shaari dan Indra Putra Mahyuddin.
Rajagopal menjelaskan, penyerapan lima pemain muda itu sekurang-kurangnya akan memberikannya lebih banyak pilihan untuk mengukuhkan kedudukan pasukan.
``Saya memilih lima pemain muda tersebut setelah menilai dari pelbagai aspek kecergasan kerana mereka mempunyai pengalaman bermain pada perlawanan peringkat yang tinggi seperti pertemuan dengan pasukan China dan Korea baru-baru ini,'' ujarnya.
Jelasnya lagi, Kuwait yang mempunyai rekod baik setiap kali menentang pasukan negara.
``Apa sahaja boleh berlaku pada perlawanan dengan Kuwait dan sebagai jurulatih saya mahu pemain-pemain saya berada dalam keadaan yang cergas,'' tambahnya.

1 ulasan:

  1. SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    WECHAT / WHATSAPP
    013-302-6666

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    BalasPadam