Ahad, 30 April 2017

Eddy kena tindakan

ARKIB : 30/11/2004
PINTU tertutup terus buat pemain tengah Johor FC, Eddy Hilmi Manan daripada terus menggalas cabaran dalam skuad bola sepak kebangsaan gara-gara melanggar disiplin sewaktu perlawanan persahabatan dengan Singapura 1 November lalu.
Jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei tidak berganjak daripada keputusannya untuk memadamkan terus nama Eddy daripada dipanggil menyarung jersi negara.
Sekalipun pemain yang akan menyarung jersi kebangsaan itu telah memohon maaf atas `perilaku sumbangnya' sewaktu perlawanan persahabatan dengan Singapura.
Namun tindakan pemain itu meninggalkan kem latihan di Pulau Pinang menyebabkan Bicskei terpaksa mengambil keputusan drastik tersebut.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Dr. Ibrahim Saad yang juga adalah pengurus pasukan bola sepak kebangsaan menghadapi saingan Piala Tiger 8 Disember ini.
``Kita sudah ketepikan terus Eddy daripada mewakili skuad kebangsaan,'' ujar ringkas Ibrahim.
Beliau menyatakan demikian sewaktu sidang akhbar selepas menyerahkan 600 tiket percuma untuk diserahkan kepada peminat-peminat bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Tiger melibatkan aksi Malaysia menentang Timor Leste dan Filipina kepada enam media utama di Wisma FAM semalam.
Keputusan menyingkirkan terus Eddy menjadikan terus skuad kebangsaan menghadapi Piala Tiger dalam dilema.
Selain Eddy, Bicskei turut dilanda keresahan kehilangan lapan pemain utama akibat kecederaan.
``Saya tidak banyak pilihan terpaksa mengetepikan mereka yang cedera,'' ujar Bicskei.
Mereka yang terpaksa disisihkan ialah Fadzli Shaari, Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Tengku Hazman Raja Hasan, Yusri Che Lah, Azmin Azram, Indra Putra Mahayuddin dan Shahril Faizal Shariffudin.
Secara realistik peluang Malaysia adalah cerah untuk layak ke separuh akhir dan akhir namun kecederaan beberapa pemain utama menjadikan jurulatih dari Hungary dalam dilema.
``Apa boleh buat keadaan itu yang terpaksa saya harungi dan pemain-pemain lain yang ada mungkin dapat mengisi kekosongan pemain yang diketepikan akibat kecederaan,'' ujarnya.
Malaysia yang menjadi tuan rumah dalam Kumpulan B akan memulakan kempen menentang pendatang baru, Timor Leste, Filipina, Myanmar dan penyandang juara Thailand.
Ujarnya, ketika ini seramai 27 pemain kini giat menjalani latihan serius ketika menanti beberapa pemain dari Perlis dan Kedah yang beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini, melapor diri selepas perlawanan tersebut.

1 ulasan:

  1. SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    WECHAT / WHATSAPP
    013-302-6666

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    BalasPadam